Selepas diselubungi pelbagai kontroversi akhirnya pemergian Allahyarhamah Sharifah Aini menjadi inspirasi kepda penerbit filem sensasi Raja Azmi yg ingin meninggal dunia dalm keadaan tenang.
Sehubungan itu, Raja Azmi telah bertindak membuang lebih 300 keping gambar-gambar lamanya tidak bertudung yg dimuat naik di laman Instagram.
"Selepas sembahyang subuh hati saya terdetik untk membuang gambar-gambar lama yg tidak bertudung, saya rasa gambar-gambar itu tidak sesuai untk dipertontonkn lagi kepada umum, kalau boleh saya mahu pergi seperti Allahyarham Sharifah Aini.
"Saya lihat pemergian Allahyarham Sharifah Aini Ahad lalu sangat tenang dan di dalm keadaan yg dia sudah bersedia untk menemui tuhan. Allahyarham meninggal dalm bulan Ramadan dan Allah permudahkn segala urusan kematiannya, dia juga bertuah mendapat anak yg soleh,"
Raja Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang status terbaharu di laman sosial tersebut yg mengakui tenang selepas membuang gambar-gambar lama tersebut.
Bagaimanapun, menurut Raja Azmi, dia tidak mempunyai halangan jika gambar-gambar tidak bertudungnya keluar daripada simpanan pihak lain terutama media.
Sebagai insan yg baharu sahaja berhijrah, dia sentiasa mencari dan berusaha untk membetulkn kesilapan yg pernah dilakukannya.
"Alhamdulillah, saya rasa sangat tenang lepas membuang gambar-gambar tersebut, selepas bertudung ini saya banyak mencari apa yg tidak betul lagi dalam diri saya.
"Saya nampak Allah taala tunjuk satu persatu apa yg patut saya perbaiki bagi menjadi seorang insan yg lebih baik," katanya.
Sementara itu, sepanjang Ramadan ini, Raja Azmi berkata dia banyak menolak undangan berbuka puasa sepanjang Ramadan kali ini.
Katanya, dia mengambil peluang bulan puasa ini untk melakukn sebanyak mungkin ibadah dan melakukn solat terawih.
"Ramadan kali ini saya banyak tolak undangan berbuka puasa sebab tidak mahu tertinggal solat terawih.
"Bulan ini juga saya mula mengaji semula dan banyak membuat ibadah bagi mendapatkn keberkatan," katanya.
0 Komentar untuk "PANAS Saya Mahu Pergi Macam Kak Pah - Raja Azmi"