
MESKIPUN cuaca panas petang itu agak menggigit kulit namum ia sedikit pun tidak mengganggu perjalanan sesi fotografi penyanyi Mark Adam dan Ainan Tasneem.
Seperti perancangan awal, dua penyanyi yg kian meningkat naik namanya itu digandingkn bersama dalm pertemuan bersama Sensasi Bintang baru-baru ini.
Baik Mark mahupun Ainan, mereka tidak pernah bertemu sebelum ini. Jauh sekali untk berbicara mesra walaupun berada di lembah yg sama.
Namun, dek kerana lagu Malunya, mereka kemudian dipertemukan.
Bermula daripada detik itulah, perkenalan mereka terjalin. Nyata, kedua-duanya punya keserasian bersama. Apatah lagi jiwa dan cita rasa mereka jika diukur tidak jauh bezanya. Kedua-duanya meminati muzik dan suka berkarya.
Mendendangkn lagu ciptaan Mark dan DJ Fuzz, Ainan tampil berpadu suara bersama penyanyi kelahiran Cebu, Filipina itu.
Justeru, Sensasi Bintang minggu ini membawakn kisah mereka berkolaborasi menerusi naskhah Malunya.
SENSASI BINTANG: Ceritakan bagaimana kalian boleh dipertemukn bersama menerusi lagu Malunya?
MARK ADAM (M): Mungkin ada yg tertanya-tanya macam mana kami boleh berduet. Sebenarnya, saya dngan Ainan duduk di bawah syarikat label rakaman yg sama, jadi daripada situ sebenarnya idea untk berkolaborasi itu muncul. Lagipun, apabila saya mendengar suaranya, saya rasakn lagu itu juga sesuai dinyanyikn Ainan.
AINAN TASNEEM (A): Apabila saya diberitahu syarikat rakaman bahawa saya akn berduet bersama Mark Adam, semestinya ia satu peluang yg baik. Saya dah lama tunggu untk menyanyi bersamanya. Apatah lagi saya merupakn peminat dia, jadi saya memang teruja dngan peluang ini.
Apa yg kalian boleh kongsikn mengenai lagu Malunya?

M: Lagu itu sebenarnya ciptaan saya bersama DJ Fuzz. Saya terlibat dalm mengatur melodi lagu tersebut. Ia merupakn kesinambungan daripada lagu Pencuri yg saya nyanyikn sebelum ini. Liriknya ditulis oleh Adeep Nahar.
A: Lagu itu sangat catchy rentaknya. Pertama kali dengar demo lagu itu saya dah jatuh hati dngan melodinya. Lagunya cukup santai dan tak begitu berat untk didengar. Sekali dengar orng mungkin akn ingat lagu itu.
Apa istimewanya lagu ini buat kalian?
M: Lagu Malunya ini sebenarnya menampilkn tiga orng kerana turut melibatkn rapper Juzzthin untk wujudkn elemen harmoni dalm lagu. Malah, menerusi lagu ini juga, sudah ada peminat Ainan menjadi pengikut saya juga.
A: Ini single pertama saya berduet bersama penyanyi lelaki. Tambahan pula, ini peluang yg bermakna kerana dapat bekerjasama dngan penyanyi kegemaran saya. Uniknya, bagi bahagian solo kami rakam berasingan. Kami bertemu ketika bahagian paduan suara sahaja. Itulah pertama kali berjumpa dan segalanya dipermudahkn.
Apa yg boleh kalian katakan mengenai pasangan duet kalian?
M: Dia seorang yg sangat merendah diri. Mudah bekerjasama dengan dia. Lagipun suaranya serasi dngan suara saya, jadi dari segi aspek nyanyian tak ada masalah. Sebenarnya, sebelum berduet saya sudah kaji diri Ainan, dari segi suara dan cara nyanyiannya. Saya merasakan kami tiada masalah untk berduet.
A: Dia pandai mengajar saya cara ton suara yg sesuai untk nyanyikn lagu itu memandangkn dia juga guru vokal. Mark tidak lokek untk berkongsi ilmu muzik. Saya sendiri rasakan kami tiada masalah berduet sebab kami ada keserasian itu.
Mungkin kalian ada perkara yg ingin dikongsikn mengenai sambutan puasa kali ini?
M: Ini tahun ke-12 saya bergelar Muslim. Waktu mula-mula berpuasa memang saya agak sukar, asyik tengok peti ais sahaja. Tapi, sekarang dah okey. Biasanya, kalau berbuka saya akn makan kurma, kemudian bubur lambuk baru makan nasi. Menu biasa yg wajib ada, ayam goreng.
A: Alhamdulillah, setiap tahun saya menyambutnya bersama ahli keluarga di sini (Kuala Lumpur) memandangkn bulan Ramadan akn jatuh pada waktu saya cuti semester seperti sekarang.
Saya belum pernah ada pengalaman berpuasa bersama kawan-kawan di kolej. Kalau sahur itu, paling tidak saya akn minum air kosong dan kurma. Untk juadah berbuka pula antara menu yg menjadi kegemaran saya ialah kebab.
Apa perkembangan terkini kalian?
M: Selain menyanyi, saya mula menceburi bidang lakonan dngan berlakon dalam drama Haji Rock yg akn ditayangkn pada Hari Raya Aidiladha nanti. Agak susah juga berlakon sebab kena hafal skrip. Dapat skrip tengok setebal 72 muka surat, tapi ia satu pengalaman yg bagus.
A: Saya kini baru sahaja memulakn latihan praktikal selama tiga bulan di sebuah syarikat di Bukit Jalil. Memandangkn saya kini di Kuala Lumpur jadi ia lebih mudah untk saya memenuhi undangan fotografi atau persembahan. Saya juga sudah merakamkan lagu ciptaan Glenn Fredly berjudul Setengah Hati. Lagu itu dijangka bertemu pendengar selepas sambutan Aidilfitri nanti.
0 Komentar untuk "MENARIK Malunya temukan Mark, Ainan"