
Kamal Adli, Intan Ladyana Nafi Hubungan Bermasalah
Pelakon Kamal Adli menafikn percintaannya dngan pelakon Intan Ladyana kini bergolak ekoran tindakan wanita itu memuat naik dua keping foto di laman Instagram miliknya pada Isnin.
Kamal, 29, berkata, dia tiada kena mengena dan tidak tahu tentang status dan foto yg menggambarkn seolah-olah percintaan mereka berhadapan masalah.
"Hubungan kami tiada masalah dan ia berjalan seperti biasa, namun saya akui memang sepanjang puasa ini saya agak sibuk dngan penggambaran di Taiping dan sudah dua minggu kami tidak berjumpa.
"Tapi kami hantar mesej seperti biasa sahaja, mungkin status tersebut berkaitan perkara lain," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini Selasa.
Kamal diminta mengulas tentang status intagram milik Intan Ladyana pada Isnin yg menggambarkn seolah-olah dia tidak mahu berhadapan dngan kenyataan yg dilaluinya sekarang dan ingin menganggap sesuatu yg berlaku sebagai sebuah mimpi sahaja.

Foto yg dimuat naik oleh Intan menimbulkn pertanyaan banyak pihak.
Selain itu dia juga mengambarkn seperti sedang bertahan dngan sesuatu yg agak berat untk dilaluinya waktu ini.
Luahan perasaan itu mendapat perhatian daripada pengikut-pengikutnya di laman sosial itu sehingga ada yg mengandaikn ia tentang hubungan percintaan mereka sedang bergolak.
Malah rata-rata peminat memberi sokongan dan meminta Intan supaya bersabar dengan apa juga dugaan yg sedang dilaluinya sekarang.

Foto ini turut menarik perhatian pengikutnya yg meminta dia bersabar dan tabah menghadapi dugaan yg datang.
Sementara itu, Intan yg dihubungi tidak mahu mengulas panjang tentang status tersebut dan berkata tidak ada apa yg berlaku dngan hubungan mereka.
"Tidak ada apa-apa lah ia hanya status biasa, saya malas nak cakap pasal itu, hubungan kami baik-baik sahaja," katanya.
0 Komentar untuk "MENARIK Kamal Adli, Intan Ladyana Nafi Hubungan Bermasalah"