
DIRAIKAN. Sharnaaz terharu dngan kesungguhan kelab peminatnya, SAF-ARM menganjurkan majlis berbuka puasa bagi mengeratkn silaturahim sesama mereka.
SETIAP kali tibanya bulan Ramadan, kebanyakan pelakon yg tidak terbabit dngan sebarang penggambaran mengambil kesempatan untk menjalankn perniagaan sepanjang bulan puasa.
Antaranya, pelakon yg terkenal menerusi drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Sharnaaz Ahmad turut tidak ketinggalan menambahkn pendapatan sampingan dngan berniaga serunding.
“Sepanjang lima tahun saya terbabit dalm industri lakonan, tahun ini saya pertama kali tidak terbabit dalm sebarang penggambaran sama ada drama bersiri, telemovie atau filem.
“Semua aktiviti penggambaran telah saya selesaikn sebelum bulan puasa yg lalu. Jadi, pada bulan puasa ini saya memang mahu berehat daripada berlakon buat sementara waktu,” ujarnya ketika ditemui semasa majlis berbuka puasa bersama kelab peminatnya di Rumah Amal Kasih Bestari, Subang, Selangor baru-baru ini.
Menurut Sharnaaz, dngan masanya yg banyak terluang sepanjang bulan Ramadan, dia mengambil keputusan untk mengusahakn perniagaan menjual serunding di dua buah lokasi iaitu di Medan Mara, Kuala Lumpur dan The Strand Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Ujarnya, apabila tidak mengambil sebarang tawaran berlakon dia dapat memberikn sepenuh tumpuan terhadap perniagaannya itu dan berasa gembira apabila ia mendapat sambutan yg menggalakkn daripada pelanggan.
“Sebenarnya serunding yg saya jual ini bukanlah resipi keluarga, sebaliknya saya beli daripada seorng pengusaha serunding di Kelantan.
“Pertama kali saya cuba rasanya memang sedap dan itu yg memberi keyakinan kepda saya untk menjualnya.
“Memandangkn pembelian dibuat secara borong, saya terpaksa melakukan kerja-kerja pembungkusan sebelum dijual kepda pelanggan dan itu yg menyebabkan saya agak sibuk,” ujarnya yg menggunakn label Sharnaaz Ahmad Garment untk serundingnya itu.
Bercerita tentang persiapan Aidilfitri yang akan tiba tidak lama lagi, pelakon tersebut menyatakn dia sekadar membuat persiapan secara ala kadar seperti tahun-tahun sebelumnya.
Menurutnya, pada usia yg semakin meningkat sekarang ini, dia berasa kemeriahan sambutan Aidilfitri hanya akn dapat dirasai pada 1 Syawal, berbanding ketika zaman kanak-kanak dahulu.
“Biasanya pada hari raya pertama dan kedua saya akn menghabiskn masa untk menyambutnya bersama keluarga dan menziarahi saudara-mara. Selepas itu barulah saya akn pergi beraya bersama rakan-rakan,” ujarnya yg menyambut Aidilfitri di kampung halamannya di Pulau Pinang.
Memandangkn dia tidak mengambil sebarang tawaran lakonan sepanjang bulan puasa, Sharnaaz memberitahu, dia mungkin dapat berada di kampung selama seminggu sahaja sebelum kembali menjalani penggambaran sebuah telemovie.
Sementara itu, biarpun sibuk dngan perniagaan yg sedang dijalankannya itu, Sharnaaz masih mampu meluangkn masa untk hadir pada majlis berbuka puasa anjuran kelab peminatnya, Sharnaaz Ahmad Familia Art Reflect Movement (SAF-ARM).
Ujarnya, dia begitu terharu dengan usaha yg dilakukn oleh ahli-ahli SAF-ARM yg sudah dianggap seperti ahli keluarganya itu untuk menganjurkan majlis berkenaan bagi mengeratkan lagi silaturahim.
“Apa yg mereka lakukan ini bukan semata-mata kerana duit, tetapi lebih kepda sokongan mereka terhadap diri saya. Malah, saya bersyukur kerana ada beberapa pihak sudi memberikn tajaan agar majlis ini dapat berjalan dngan lancar,” jelasnya.
Simpati
Dalam pada itu, ketika umat Islam bakal meraikan Aidilfitri, Sharnaaz tidak ketinggalan untk meluahkn rasa simpatinya terhadap tragedi yg menimpa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 pada 17 Julai lalu.
Ujarnya, sama seperti rakyat Malaysia yg lain, dia agak terkejut dngan kejadian yg menggemparkn seluruh dunia itu dan turut berasa sedih terhadap semua 298 penumpang serta anak kapal yg terkorban.
“Pada mulanya saya ingat ada pihak yg cuba menyebarkn berita palsu, tetapi sebelum tidur saya sempat melayari internet dan saya lihat sudah banyak berita yg dipaparkan.
“Sudah tentu tragedi yg menimpa negara ini sesuatu yg sangat menyedihkn. Apatah lagi apabila mendapat tahu ada mangsa yg pulang ke Malaysia semata-mata mahu menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
“Sebagai seorang rakyat Malaysia sudah tentu saya meletakkn harapan yg sangat tinggi agar dalang di sebalik kejadian pesawat MH17 yg ditembak itu dapat dicari dan diberi hukuman yg sewajarnya,” tegasnya.
0 Komentar untuk "ARTIS Sharnaaz Ahmad sibuk jual serunding"