malaynews1. Powered by Blogger.

GEMPAR Johan As'ari Jawab Isu Bergambar Dengan Anjing


Johan As'ari perjelaskan isu dia dikatakn memegang anjing dan tidak sensitif.

Pelakon Johan As'ari tidak melihat tindakannya mengambil gambar bersama seekor anjing pengesan sebagai satu kesalahan besar sehingga dia wajar dikecam oleh para peminatnya.

Johan, 28, berkata, tindakannya itu hanya semata-mata untk menghargai haiwan berkenaan yg sama-sama terlibat dalm penggambaran filem terbitan Tangan Seni Sdn. Bhd. iaitu Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior yg berakhir baru-baru ini.

"Mungkin ramai yg tidak tahu bahawa anjing pengesan juga berperanan besar dan rakan baik kepda pejuang kita dalm mengesan penjahat atau penceroboh di dalm hutan demi mempertahankn negara kita.

"Ia juga adalah pejuang dan perkara itu yg saya pelajari tentang anjing pengesan ini ketika menjalani penggambaran filem berkenaan," katanya kepada mStar Online.


Johan dikecam teruk oleh peminatnya selepas memuat naik gambar berkenaan.

Johan ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa Wirefame Bersama Anak Yatim di Kelana Jaya di sini pada malam Sabtu lalu.

Ekoran Johan memuat naik gambar berkenaan di laman sosial Instagram miliknya dia dikatakn tidak sensitif sehingga menimbulkn perbalahan di antara kalangan peminatnya.

Menjelaskn lebih lanjut mengenai perkara itu, Johan berkata, pada dasarnya dia tidak memegang anjing berkenaan biarpun dia mempunyai beberapa adegan bersama binatang itu.

Pun begitu kata Johan, setiap kali selesai penggambaran dia akn samak seluruh badannya bagi memastikn tiada sebarang keraguan timbul dalm dirinya.

"Tiada masalah jika terpegang anjing kerana kita boleh samak seperti mana di ajar dalam Islam.



Johan akan berangkat ke Krabi untk menjalani penggambaran sebuah drama bersama Liyana Jasmay.

"Bagaimanapun bagi mengelakkn rasa was-was saya akn memastikn setiap kali habis penggambaran bersama anjing pengesan itu saya akn samak seluruh badan saya," katanya.

Sementara itu, Johan berkata, pengalaman berlakon bersama seekor anjing adalah pertama kali buatnya sepanjang bergelar pelakon dan mengakui ia bukan mudah.

"Pada mulanya saya tidak berani untk berlakon bersama anjing tetapi selepas diberi tunjuk ajar tentang cara mendekati anjing baharulah saya jadi berani," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Johan berkata, pada 1 Ogos depan dia akn berangkat ke Pulau Krabi, Thailand bersama pelakon Liyana Jasmay dan Hisyam Hamid untk penggambaran drama bersiri Cintaku Di Krabi.

 

0 Komentar untuk "GEMPAR Johan As'ari Jawab Isu Bergambar Dengan Anjing"
Back To Top