
Penyanyi R&B Rihanna mencetuskn kontroversi baru-baru ini apabila mengepos perkataan #FreePalestine di dalm akaun Twitternya, tetapi memadamkn tweet tersebut lapan minit kemudian.
Laman berita The Independent melaporkn bahawa keputusan untk memadamkn tweet tersebut dibuat apabila tweet itu mendapat reaksi negatif daripada pengikutnya.
Namun demikian, laman TMZ melaporkn bahawa sumber yg rapat dngan penyanyi dari Barbados itu berkata tweet itu tidak bertujuan untk dihantar.
“Dia memadamkannya kerana tweet itu tidak bertujuan untk dihantar. Dia tidak sedar tentang tweet itu sehingga dia menerima komen dari peminatnya,” kata sumber itu.
Sumber itu turut berkata ketika itu Rihanna sedang membaca tentang konflik Israel-Gaza di Twitter dan tiba-tiba peminatnya mula bertanya mengapakah dia menyebelahi Palestin.
Selepas tweet itu dipadamkn, Rihanna kemudiannya mengepos satu lagi tweet yg menyeru semua agar mendoakn keamanan dan pengakhiran konflik Israel-Gaza itu.
Let's pray for peace and a swift end to the Israeli-Palestinian conflict! Is there any hope?.... pic.twitter.com/jHD56KXkcu
— Rihanna (@rihanna) July 15, 2014
0 Komentar untuk "DUNIA Rihanna tweet #FreePalestine, kemudian padamkannya selepas dikritik"