
Kumpulan di sebalik serangan militan dan pengebom berani mati di Syria menarik minat lebih ramai pejuang asing termasuk rakyat Malaysia yg menggelarkn diri mereka sebagai 'pejuang jihad bebas'.
"Kami bergerak sendirian. Kami hidup sendirian. Kami memperoleh senjata sendiri. Kami tidak terlibat dngan mana-mana kumpulan," kata Ahmad Salman Abdul Rahim, 38, yg sebelum ini terlibat dalm perniagaan pembuatan filem dan pernah melanjutkan pelajaran di London dari 1997-2008 sebelum menjadi seorang pejuang jihad.
Walaupun terdapat laporan yg mengaitkan militan warga Malaysia mempunyai kaitan dngan kumpulan tertentu seperti al-Qaeda dan kumpulan Militan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil), dia menegaskan bahawa mereka berjuang secara bebas.

Ahmad Salman.
Ahmad Salman menganggap dirinya sebagai seorang 'pejuang jihad bebas, dan mendakwa dia tidak mempunyai hubungan dngan mana-mana jaringan pengganas di Malaysia atau di luar negara.
"Saya tidak begitu kenal dengan Isil atau kumpulan mujahiddeen lain. Saya tidak ingin terlibat dalm perjuangan mereka. Saya tahu kaedah perjuangan mereka adakalanya agak melampau dan saya tidak bersetuju dengan mereka," katanya ketika ditemubual melalui Facebook.
Ahmad Salman, bersama dngan Mohammad Fadhlan Shahidi, 21, dan bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, adalah sebahagian daripada pejuang jihad dari Malaysia yg berjuang di luar negara.
Sebelum ini Lotfi memberitahu bahawa dia bukanlah sebahagian daripada rangkaian Isil namun berkata berada di Syria semata-mata untuk berjuang "di jalan Allah" dan bukan untk kepentingan mana-mana pihak.
Kedua-dua mereka merupakn pengguna aktif Facebook dan sentiasa mengemaskini aktiviti-aktiviti mereka di laman sosial itu.
Posting mereka mendapat perhatain ramai rakyat Malaysia yg berkongsi idea yg sama.
Ditanya bagaimana rakyat Malaysia di sana menghadapi bulan Ramadan, Ahmad Salman berkata mereka tidak merasa penat walaupun terpaksa berperang.
"Syukurlah, kita tidak berasa letih atau dahaga walaupun berpuasa 16 jam sehari di bawah suhu sehingga 40°C," katanya.
Ahmad Salman, yg dilahirkan di Parit Buntar adalah salah seorang daripada anggaran seramai 100 pejuang jihad Malaysia di Syria.
Ahmad Salman percaya dia 'menjawab panggilan dari Allah' untk mempertahankn Islam terhadap kekejaman yg dilakukan oleh musuh-musuhnya.

Ahmad Salman sedang bersiap sedia untuk berjuang di Syria.
Menurutnya, mereka tidak berniat untk mengganas atau membunuh orang yg tidak bersalah tetapi berada di sana semata-mata untuk mempertahankan saudara sesama Islam yg sedang ditindas oleh angkatan tentera Presiden Syria, Bashar Assad.
"Niat saya adalah untk mempertahankan saudara Muslim yg sedang diseksa, dirogol dan disembelih. Saya bukan di sini untuk mengganas dan membunuh tetapi untk melindungi agama saya terhadap kecaman secara berleluasa dari musuh," katanya.
Katanya jalan yg dipilih itu membawanya lebih dekat kepada Tuhan.
"Kehidupan saya di sini (di Syria) adalah luar biasa. Saya berasa lebih dekat dngan Allah. Apabila kembali ke Malaysia, saya mudah terpengaruh untk melakukan dosa, mengabaikan solat dan tidak membaca Al-Quran," katanya.
Ahmad Salman berkata dia sebelum ini pernah mengembara ke Myanmar untk membantu umamt Islam Rohingya.
Dia juga pernah cuba memasuki Palestin namun mendapati sukar untk melepasi sempadan Lubnan.
"Saya mengembara ke 11 buah negara Islam yg lain sebelum sampai ke Syria.
"Akhirnya saya ditakdirkn untk berada di Syria. Kebanyakan kumpulan mujahiddeen juga berpangkaln di sini," katanya.
0 Komentar untuk "DUNIA Pengakuan Militan Warga Malaysia"