
KALAU sudah dibesarkan dalm keluarga yg mempunyai ramai anak lelaki, adik yg perempuan sedikit sebanyak terpengaruh untk menjadi seorang yg aktif dan lasak.
Itu kebiasaan senario yg berlaku dan diakui sendiri oleh pelakon, pengacara dan penyampai radio popular tanah air, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin.
Ketika diminta untk berkongsi cerita tentang pengalaman masa kecilnya, wanita yg mesra disapa Kak Engku atau KE ini segera tertawa tatkala mengingat segala keletah dan gelagatnya di zaman kanak-kanak.
"Saya ini buas!" ujarnya ringkas cukup untk menggambarkan bagaimana nakalnya KE ketika kecil.
Menyorot kembali zaman kanak-kanaknya kata KE, dia cenderung untk melakukan aktiviti budak lelaki. Baginya itulah yg memberikn keseronokkn sebenar berbanding melakukan semua yg lazim dilakukn budak perempuan sebayanya.
Lupakan saja permainan seperti pondok-pondok, anak patung dan sebagainya. Anak kecil ini mahu yg lebih ekstrem!
"Namakan apa sahaja panjat pokok, main tanah, main dalm perigi, semua saya pernah buat. Kalau ikutkn memang nakal sungguh saya ini.
"Saya masih ingat satu ketika, saya pernah ikut abang yg sulung main di perigi. Kami siap potong batang pisang dan jadikn pelampung. Perigi itu bukan milik kami tetapi jiran punya.
"Bukan main seronok tunggang terbalik dalm itu, tak sedar waktu sudah lewat. Cepat-cepat kami berlari ke rumah. Tetapi tak tahu pula ?bala? sudah sedia menunggu di pintu rumah.
"Rupanya mak dapat tahu yg kami pergi ke perigi itu. Jadi apalagi sampai sahaja di rumah saya dan abng kena bantailah (pukul). Nak tahu mak pakai apa? Palang pintu rumah. Habis berbirat badan," katanya.
Kenakalan KE semasa kecil tentu sekali tidak terhenti di situ malah anak keempat daripada lima beradik ini sudah tahu untk hidup berdikari. Pendek kata semua perkara hendak dilakukannya sendiri tanpa mahu dibantu orng.
"Pernah satu ketika, semasa itu (esoknya) semua umat Islam nak sambut raya Aidilfitri. Saya dah cakap dngan mak, mahu potong rambut. Tetapi kerana tak sabar, saya masuk dalam bilik, ambil gunting dan gunting rambut sendiri.
"Bayangkan apalah yg budak seusia saya tahu. Dalam fikiran kononnya sudah rasa hebat sangatlah dngan gaya rambut macam itu.
"Saya tunjuk pada mak ?rambut? baru saya. Mak punyalah terkejut dan kemudian orng tua itu pun naik hantu. Mana taknya, rambut saya tobek sana sini. Dah tak ada rupa rambut.
"Mak tak cakap banyak terus heret saya ke kedai gunting. Esoknya saya beraya dngan rambut pendek. Sebiji macam budak lelaki," katanya yg pernah bersekolah di Sekolah Rendah Teluk Gadong, Klang, dan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda, Shah Alam, Selangor.
Kata pelakon yg berasal dari Pelabuhan Klang, Selangor ini, mujurlah sikap degil dan kenakalannya itu tidak diwarisi oleh tiga anaknya, Megat Muhammad Raziq, 11, Megat Luqman Hakim, 10 dan Puteri Mkia Maizurah, 7.
lengkapkan diri
Ketika ditanya saat bilakah kali pertama dia mula jatuh hati dalam dunia lakonan, wanita itu mengakui bahawa minatnya sudah bercambah sejak kecil.
KE memberitahu, dia sering kali terpesona dngan cara dan gaya lakonan pelakon zaman dahulu yg baginya lebih asli dan mengesankn.
"Selalu melihat cara mereka berlakon, saya tanam minat untk menjadi seorang pelakon satu hari nanti. Bukan untk glamor tetapi mahu tunjuk bakat.
"Menjadi anak saudara kepada Allahyarham Raja Ismail Raja Saat juga memberi kelebihn kepada saya. Dia seorang pengarah terkenal waktu itu. Dia tahu saya minat dngan dunia lakonan maka dialah antara orang pertama yg bertanggungjawab menggilap bakat saya.
"Dia rajin bawa saya ke set penggambaran. Memberi peluang kepada saya untk memerhati dngan terperinci apa yg orang belakang tabir lakukan. Satu demi satu saya perhatikan sehinggalah saya akhirnya diberi peluang untk berlakon dalam filem pertama saya.
"Di bawah pengarahan Raja Ismail, saya mula dikenali menerusi filem berjudul Ragam Pemandu pada 1989. Semasa itu umur saya baru 17 tahun. Saya masih ingat bertapa terujanya saya dapat berlakon dngan pelakon Aznah Hamid. Dia popular tahu!" katanya yang kemudian hebat beraksi untuk filem Riang Tirana (1990), Juara (1991), Pemburu Bayang (1993), Jimi Asmara (1995) dan Debu-Debu Kasih (1995).
Selain itu filem lain yg menyaksikan bakat lakonan hebat KE ialah Lurah Dendam (1996), Ghazal Untuk Rabiah (1997), filem animasi Putih (2001), Cinta 200 Ela (2002) dan Pontianak Harum Sundal Malam 2 (2005).
Kongsi KE lagi, menanam hasrat untk menjadi seorang pelakon yg serba boleh, dia mula berjinak-jinak dengan dunia nyanyian selepas selesa berlakon.
Album pertama yg memperkenalkan KE sebagai penyanyi adalah menerusi penghasilan album berkonsep pop malar segar berjudul Dan Bunga-Bunga Berguguran pada 1997.
Paling mengujakan waktu itu apabila dia dapat menyanyikn semula lagu berjudul Kalau Rindu nyanyian idolanya, Datin Rafeah Buang.
"Pernah orng tanya kenapa saya berlakon, kemudian menyanyi dan menari. Pendek kata semua saya buat. Satu jawapan saya, kalau mahu jadi orng seni, kena tahu semua.
"Tengok artis dulu-dulu, semua boleh buat. Berlakon, menyanyi, menari. Itu kualiti yg perlu ada dalam setiap artis. Tak ada siapa yg suruh saya buat begitu tetapi kesedaran itu datang dengan sendiri," katanya.
Menganggap pelakon generasi kini perlu ada kualiti yg serupa, kata pemegang watak Dewi Bencana dalam Teater Muzikal Kanak-Kanak Sinbad ini, dia juga terkilan memerhatikan senario dalam dunia lakonan sekarang yg lebih mementingkan rupa paras berbanding mutu lakonan.
Dalm pada itu kata KE, karakter humor, bersahaja dan sentiasa melucukan itu juga diwarisi daripada arwah bapa saudaranya itu yg juga merupakan seorang pelawak terkenal satu ketika dahulu.
Tiada istilah berhenti
Mengorak langkah dan berjaya mencipta populariti sebagai pengacara dan penyampai radio Sinar FM, KE mengakui dua bidang ini paling melekat di hatinya sebagai anak seni berbanding nyanyian dan lakonan.
Kata bekas pengacara Melodi ini, sesuai dengan faktor usia, dia menganggap kerjayanya sebagai seorang penyampai radio lebih menepati waktunya memandangkn dia juga dalam masa yg sama menggalas tanggungjawab sebagai ibu.
"Lagi satu jadi penyampai radio ini, saya tak perlu nak fikir perlu bersolek atau tidak. Tiada siapa nak tengok saya di konti pun," ujarnya berseloroh.
Meluahkan rasa hati kata KE lagi, dia tahu ada yg mungkin bertanya sampai bila dia mahu terus berada dalam industri sedangkan semakin ramai pendatang baru yg cuba meloloskan diri dalam dunia penuh persaingan ini.
Baginya selagi dia ikhlas untk bekerja, langsung tidak terfikir untk berhenti dan melupakan dunia seni.
"Tak ada istilah berhenti. Selagi saya masih diperlukan, selagi saya mahu terus bekerja, saya akan terus bekerja. Saya buat demi mencari rezeki yg halal. Untk saya, untk keluarga, untuk anak-anak.
"Saya percaya, kalau kita ikhlas, rasa nak berhenti itu tak akan pernah wujud. Mungkin pelapis pelakon sekarang boleh tanamkan hal yg serupa agar boleh maju jaya dan terus bertahan dalm dunia hiburan," katanya yg sering dijemput untk menjadi pengacara di majlis-majlis besar dan berprestij tanah air.
0 Komentar untuk "BERITA Raja Azura Dipukul Dengan Palang Pintu"