malaynews1. Powered by Blogger.

DUNIA Park Bom obses pembedahan plastik



WAJAH Park Bom pada tahun ini, nyata terlalu berbeza pada saat awal kemunculannya pada tahun 2009.

SEJAK kebelakangan ini nama Park Bom, anggota kumpulan 2NE1 sering menjadi sebutan media di Korea Selatan. Terbaharu, penyanyi yg bernaung di bawah syarikat rakaman YG Entertainment telah dituduh menyeludup dadah jenis amfetamin dari Amerika ke Korea Selatan.

Berita penyeludupan dadah itu masih hangat diperkatakn, namun, perubahan wajah Park Bom juga semakin mendapat perhatian peminat.

Ironinya, pembedahan plastik merupakan satu perkara yg normal buat penduduk Korea Selatan.

Seorang pakar bedah di negara berkenaan pernah memberitahu, 95 peratus selebriti di Korea Selatan menjalani pembedahan plastik untuk mencantikkan wajah mereka.

Park Bom juga tidak terkecuali daripada senarai berkenaan. Perubahan wajahnya semakin ketara tahun demi tahun menyebabkan peminatnya bimbang kerana wajahnya semakin mirip dngan patung Barbie.

Sebelum menjadi pelatih di YG Entertainment, Park Bom bersekolah di Amerika Syarikat.

Dikenali dngan nama Jenny Park, dia merupakan salah satu atlet bola sepak wanita di sekolahnya.

Menjadi saksi kematian rakannya yg rebah dan mati, menyebabkan Park Bom trauma dan mengambil keputusan untk berpindah ke Korea Selatan.

Ketika berjaya melepasi uji bakat YG Entertainment wajah Park Bom cukup berbeza dngan Park Bom yg dikenali hari ini.

Matanya ketika itu cukup sepet, rahang wajah juga agak besar tidak tirus seperti hari ini. Bukan itu sahaja, dia turut melakukn implan dagu serta pembedahan membesarkn payudara.

Lebih daripada itu, Park Bom juga didakwa memalsukn usia sebenarnya daripada pengetahuan umum.

Park Bom mendakwa, dia lahir pada tahun 1984, bermakna tahun ini dia berusia 30 tahun. Hakikat sebenarnya wanita ini dilahirkn pada tahun 1982, yg menjadikn dia berusia 32 tahun.

Dia bersama kumpulan 2NE1 mula melancarkn kerjaya nyanyian pada 17 Mei 2009 menerusi lagu single Fire. Dalam video muzik lagu berkenaan, peminat sudah boleh melihat perubahan padai wajahnya, namun waktu itu perubahan yg dilakukn tidak terlalu ketara daripada wajah sebenarnya.

Bagaimanapun tahun lalu, Park Bom mengejutkn ramai peminatnya apabila hadir dalm sebuah majlis. Bukan kerana pakaian yg dikenakannya, tetapi perubahan wajahnya yg semakin berubah dan kelihatan aneh.

Peminat yg bimbang dengan keadaan idola kesayangan mereka telah meminta Park Bom berhenti melakukan pembedahan plastik di wajahnya kerana kini bukannya semakin cantik tetapi aneh dan hampir serupa dngan patung Barbie.

Sungguhpun begitu, seperti biasa Park Bom tidak pernah mengaku melakukn pembedahan plastik walaupun wajahnya semakin berubah daripada wajah yg asal.

 

Related Post:

0 Komentar untuk "DUNIA Park Bom obses pembedahan plastik"
Back To Top