
Hanie Soraya
HUJUNG Dunia bukan lagi karya asing malah ia juga merupakn antara lagu yg sering menjadi pilihan stesen radio tempatan.
Walaupun lagu itu telah pun menjadi siulan ramai pendengar namun masih ramai yg tidak mengenali penyanyinya yg dikenali sebagai Hanie Soraya.
Ketika ditemui baru-baru ini, penuntut sarjana muda jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir ini berkongsi perasaan gembira dan teruja apabila single pertamanya yg mendapat sambutan hangat di negara ini.
“Alhamdulillah, saya gembira dan tidak pernah sangka lagu ini diterima baik oleh penggemar muzik tempatan.
“Saya benar-benar terkejut kerana ketika ia mula dimainkn di radio, saya berada di Mesir tambahan pula saya sendiri belum pernah dengar lagu ini.
“Selepas beberapa bulan di mainkn di radio, barulah saya dapat dengar sendiri itu pun menerusi Youtube,” katanya.
Disebabkn namanya masih belum dikenali, ada yg menganggap Hujung Dunia adalah nyanyian Amy Mastura memandangkn suara mereka seakan serupa.
“Kalau ada orng cakap suara saya macam dia, saya amat berbesar hati sebab Amy Mastura juga antara penyanyi yg hebat dan popular sekitar 90 an.
“Lagi pun saya juga dibesarkn dngan lagu-lagu nyanyiannya. Jadi saya bangga dan tidak kisah dngan komen itu,” ujarnya.
Utama pelajaran
Dalam pada itu, anak didik Faizal Tahir ini memberitahu sebagai seorng pelajar fokus utamanya adalah pengajiannya yg bakal berakhir empat tahun lagi.
“Jika diberi pilihan antara kerjaya sebagai seorng doktor atau penyanyi saya mahu kedua-duanya. Saya percaya selain bergelar doktor, muzik juga mampu menjadi penawar dan saya mahu mengubati orng lain dngan kedua-duanya.
“Tapi buat masa ini, fokus utama saya adalah pengajian dan hanya masa terluang saya akn penuhkn dngan aktiviti nyanyian,” jelasnya panjang lebar.
Dalam perkembangan terbaru, Hanie memberitahu dia yg sedang menjalani cuti semester sedang sibuk merakamkn lagu terbaru yg turut dihasilkn komposer hebat iaitu Faizal Tahir, Omar K dan Mike Chan.
0 Komentar untuk "BETUL Hanie Soraya klon Amy Mastura?"