malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Teman Lelaki Pernah Dibawa Ke Mahkamah Mei Lalu


Regina Soosalu

Model sambilan warga Estonia, Regina Soosalu, yg kematiannya amat mengejutkn seluruh dunia, dan teman lelakinya terlibat dalm kes dadah pada Januari lalu serta pernah dibawa ke mahkamah pada Mei lalu.

Model berusia 29 tahun itu dan Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim, yg juga kerabat diraja, didakwa di Mahkamah Majistret kerana memiliki 5.84 gram kanabis di Jalan Serigala dekat Taman Century di sini kira-kira pukul 11 malam pada 11 Januari lalu.

Mereka mengaku tidak bersalah pada 12 Mei dan dibebaskn dngan ikat jamin sebanyak RM7,000.

Peguam mereka, Bustaman Menon Abdul Hamid Menon, berkata, kes tersebut masih berjalan dan disebut kali terakhir pada 25 Mei lalu.

Sementara itu, polis menahan Tunku Alang Reza untk membantu siasatan berhubung kes kematian model sambilan tersebut.
Tunku Alang Reza, 28, ditahan reman selama seminggu bersama dngan seorng rakan yg hanya dikenali sebagai Augustine, 30, dngan perintah reman yg diperoleh dari Mahkamah Majistret Kota Tinggi di sini, pagi Khamis.



Penahann mereka menjadikn jumlah yg ditahan berkaitan kes pembunuhn Soosalu yg ditemui mati di Pulau Rawa, Mersing dekat sini pada 1 Julai lalu kepda tujuh orng.



Sumber berkata, mereka yg ditahan lebih awal bertugas sebagai pelayan bar, dua pengendali bot, seorng pengurus resort dan seorng rakan kepda Tunku Alang Reza.

Kesemua mereka berada di Pulau Rawa semasa Soosalu ditemui mati.

Soosalu dilaporkn bersiar-siar di sepanjang pantai di Pulau Rawa dekat sini pada 1 Julai ketika tragedi itu berlaku.

Mayatnya ditemui tidak lama kemudian di pantai tersebut dan rakan rapat model tersebut hanya mengetahui mengenai kematiannya enam hari kemudian.

Soosalu pada awalnya dikatakn mati lemas apabila mayatnya ditemui di pantai tersebut beberapa jam selepas dia tiba di pulau berkenaan.

Bagaimanapun, polis kini sedang menyiasat kematiannya sebagai bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas menemui kecederaan "mencurigakn" pada badannya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Hasnan Hassan yG mengesahkn penahanan teman lelaki Soosalu berkata, bedah siasat ke atas mayat sedang dilakukn.

"Sampel dari mayat Soosalu telah dihantar ke makmal untk diuji. Butir-butir lain tidak boleh didedahkn sehingga ujian selesai," katanya.

 

0 Komentar untuk "BERITA Teman Lelaki Pernah Dibawa Ke Mahkamah Mei Lalu"
Back To Top