malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA MH17~ Isteri Tanjung Batu Biadap, Pemuda Gerakan Buat Laporan Polis

 Ketika seluruh rakyat Malaysia dan dunia melahirkn rasa sedih dan simpati terhadap insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17, masih ada individu yg tidak sensitif dngan kejadian itu.


MH17~ Isteri Tanjung Batu Biadap, Pemuda Gerakan Buat Laporan Polis

Pemuda Gerakan Pulau Pinang hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan isteri kepda Anggota Parlimen Tanjong, Yuki Tan berhubung insiden MH17 terhempas di Ukraine pada Khamis.

Yuki Tan dalm laman Facebooknya memuat naik status:

"Malaysia Negara Menggerunkn, Apa Jenis Negara Yang Tidak Berguna Ini" dalam Bahasa Mandarin.

Kelmarin  di akhbat   Sin Chew Daily, 19 JUL 2014, halaman 08  turut membuktikn catatan kebiadapan Tan Poh See @ Yuki Tan, isteri kepda NG Wei Aik - Ahli Parlimen DAP Kawasan Tanjung, Pulau Pinang.

Ketua Pemuda Batu Kawan J. Puspanathan membuat laporan itu di Balai Polis Bandar Perda, Seberang Perai Tengah petang tadi.

Puspanathan menyifatkn tindakan itu sebagai biadap, kurang ajar dan tidak bertanggungjawab serta menganggap ungkapan itu hanya mengeruhkn lagi keadaan dan menunjukkn sikap tidak cintakn negara.

"Walaupun dia sudah memohon maaf, kami percaya pihak polis seharusnya mengambil tindakan yg sewajarnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.



Pesawat MH17 dalm perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, berdekatan sempadan Rusia pada malam Khamis.

Pesawat malang itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Media asing melaporkn pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh namun sehingga kini tiada siapa yg tampil mengaku bertanggungjawab terhadap insiden itu.


Related Post:

0 Komentar untuk "BERITA MH17~ Isteri Tanjung Batu Biadap, Pemuda Gerakan Buat Laporan Polis"
Back To Top