malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Mesej Terakhir Arwah Kepada Isteri

 Dua mesej terakhir dihantar suami Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, sejam sebelum ditembak mati menjadi tanda kenangan sedih seumur hidup buat Salamah Amad, 26.


Mesej Terakhir Arwah Kepada Isteri


Mesej itu bertanyakn mengenai anak lelaki tunggal mereka, Khairine Zafran yg berusia setahun pada 26 Julai ini dan satu mesej lagi bertanya mengenai Salamah.

‘Tidur sudah Khairine’ dan ‘Yalah sayang buat apa’ itu diterima Salamah jam 10 malam dan lebih dua jam selepas itu dia menerima khabar suami dikahwini pada 2008 itu terbunuh dalm serangan hendap di Water Bungalow Resort, Pulau Mabul.


Kata Salamah, perkhabaran itu umpama mimpi kerana tidak langsung menyangka suaminya itu akn meninggalkn mereka dua beranak terlalu cepat.

“Sepanjang Ramadan ini kami hanya sempat berbuka beberapa kali saja kerana arwah diarah menjalankn tugas pengawasan di laut,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bubul Batu 2, dekat sini, semalam.





 

Related Post:

0 Komentar untuk "BERITA Mesej Terakhir Arwah Kepada Isteri"
Back To Top