Haliza Misbun menafikn tuduhan segelintir pihak bahawa dia adalah orng yg bertanggungjawab menyebarkn gambar-gambar Rozana Misbun dalam keadaan dibelasah teruk kepada pihak media.
"Saya harap saya punya keberanian ke tahap itu! Apapun, adik saya, Rozana dalm kesakitan yg teramat disaat-saat gambar itu dirakamkn.
"Dia sendiri tidak mengingati siapa dan dari mana datangnya kamera telefo yg merakamkn gambar-gambar tersebut," kata Haliza Misbun.
Terdahulu, Haliza memberikn ulasan mengenai pengakuan tidak bersalah Awie tentng kes tersebut berkata dia percaya Allah Maha Mengetahui segalanya tentang kejadian tersebut.
"Saya cuma mampu berdoa agar adik saya, Rozana Misbun terus diberi kekuatan dalm menempuh ujian yg hebat ini. Meskipun dilempar dngan pelbagai tohmahan dan cacian yg tidak munasabah.
"Selain daripada menanggung kesan kesakitan fizikal yg masih berbisa dan ditambah pula dngan kerinduan dan kesedihan yg teramat akibat berminggu-minggu tidak berjumpa dngan anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 7 tahun, Putra Ahmad Rezzki, 6 tahun dan Putri Qasseh Antasya, 4 tahun. Namun, dia (Rozana) masih cuba berfikiran positif,"
Pelakon siri Cinderella (1998), Kiranya Aku Tahu (2001) dan Sumayyah (2005) berkata demikian ketika mengulas tindakan vokalis Awie Wings yg mengaku tidak bersalah atas dakwaan membelasah isterinya, Rozana Misbun hingga mendatangkn kecederaan ketika dakwaan tersebut dibacakn di Mahkamah Majistret Ampang pada Jumaat lalu.
Ditanya apa tindakan selanjutnya susulan daripada perbicaraan tersebut, Haliza berkata, dia tidak meminta apa-apa kecuali meminta semua pihak menghormati undang-undang.
"Hormati juga proses penghakiman yg sedang berlangsung sekarang," katanya lagi.
0 Komentar untuk "BERITA Haliza Misbun Nafi Sebar Gambar Rozana Kena Pukul"