
PENGHIJRAHAN dan penampilan berhijab beberapa artis wanita dalm industri hiburan tempatan kini bukan lagi satu perkara yg asing.
Perubahan itu juga dilihat sebagai satu perkembangan yg membanggakan memandangkan ia menepati tuntutan syarak dan agama Islam sendiri.
Tidak dinafikan segelintir artis ini terlalu menonjol dengan penampilan baru mereka itu sedangkn ilmu belum cukup di dada.
Ibarat menjadi satu trend, selebriti yg baru berhijab sering dikaitkan dngan gelaran ‘ustazah segera’ kerana terlalu lantang berbicara soal agama.
Berkongsi pandangn mengenai perkara itu, penyanyi Alyah akui lebih selesa berdiam diri sekiranya ditanya mengenai penghijrahan dan imej hijabnya.
“Sebenarnya, saya tidak berani untk berkata apa-apa dalm perkara ini.
“Saya tidak boleh nak menghakimi mana-mana artis yg memakai hijab kerana saya sendiri masih berada dalm bidang nyanyian. Tambahan pula banyak godaan dalm bidang kerjaya ini.
“Kalau diikutkn pengertian hijrah, menyanyi pun saya tidak boleh. Sebab itu saya tidak mahu terlalu lantang dan hanya selesa berdiam serta muhasabah diri,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa dan Pelancaran Album Havoc Raya anjuran Sony Music, bertempat di Menara TM, baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Alyah memberitahu dirinya kini masih menjalani proses perubahan secara berperingkat.
“Saya masih baru dalm berhijab dan proses itu masih berjalan secara perlahan-lahan.
“Saya sangat bersyukur hidayah ini berlaku pada diri saya dan selagi mampu saya akan cuba menjaganya.
“Perubahan ini adalah untuk diri saya sendiri dan biarlah perubahan yg datang itu sedikit demi sedikit,” tuturnya.
Rehat di bulan puasa
Dalam pada itu, pelantun Kisah Hati ini berkata, Ramadan tahun ini lebih bermakna buat dirinya kerana ini kali pertama dia bercuti dalm bulan puasa.
“Sudah lapan tahun saya tidak bercuti sepenuhnya pada bulan Ramadan.
“Sebelum ini saya terpaksa bekerja keras untuk membina nama dalm industri ini sehingga tidak punya masa yg cukup biarpun ketika bulan puasa.
“Memandangkn semuanya telah stabil, saya ambil peluang tahun ini untk bercuti,” katanya.
Justeru masa yg ada dimanfaatkn bersama keluarga dan untk dirinya sendiri.
“Sebab tidak ada masa, ada di kalangan ahli keluarga yg merajuk. Jadi saya mahu manfaatkn masa yg ada untuk bersama mereka dan luangKn sedikit masa untk diri sendiri,” katanya sambil tersenyum.
Pilih Hisham Hamid?
Beralih pada karier nyanyian, Alyah yg baru sahaja tampil dengan single terbaharunya Sesal Separuh Nyawa kini sekali lagi menampilkn muzik video yg tidak kurang hebatnya.
Sebelum ini Alyah terkenal dngan muzik video lagu hit Kisah Hati yg menampilkan aktor Remy Ishak dan untk single terbaharu ini Hisham Hamid telah dipilih.
“Muzik video ini adalah arahan Ghaz Abu dan terhasilnya video ini adalah atas perbincangan bersama. Masing-masing beri idea dan ia bukanlah keputusan saya seratus peratus.
“Memandangkn ini adalah muzik video pertama saya dngan imej hijab, jadi saya cuba buktikan kita masih boleh buat sesuatu yg mengikut perkembangan semasa,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Alyah memberitahu bakal tampil dngan album pertamanya hujung tahun ini.
0 Komentar untuk "BERITA Alyah: Tak Boleh MENYANYI"