
Salah satu babak membabitkn lakonan Fezrul dan Erin dalam filem 'Awak Nak Kahwin Dengan Saya?'
PETALING JAYA: Pengarah filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya? iaitu Eyra Rahman yakin adegan peluk dan dukung yg dilakonkan oleh Fezrul Khan dan Erin Malek sebagai pasangan kekasih dalam karyanya itu tidak akan mengundang sensiviti penonton.
Eyra berkata, adegan sebegitu mempunyai alasan yg tersendiri yg mana ia menyokong jalan cerita filem tersebut.
"Babak itu sebenarnya untuk memberi fahaman bahawa watak Andika (Fezrul) yg mempunyai masalah terlalu pembersih iaitu Obsessive–compulsive disorder (OCD) sehingga tidak suka menyentuh orang sudah berubah apabila dia boleh memegang Putri (Erin) kerana cintanya kepada wanita itu.
"Saya tak rasa adegan pasangan yg bercinta berpeluk dan didukung akan menjadi sensitif kepada penonton kerana ada sebab mengapa babak itu diadakan.
"Lagipun pemikiran penonton sekarang ini lebih matang dan mereka boleh berfikir secara logik setiap kali menonton mana-mana filem. Dan saya harap, adegan kecil itu tidak menjadi isu pula," katanya kepada mStar Online.
Eyra ditemui pada majlis pratonton filem Awak Nak Kahwin Dengan Saya?, terbitan Metrowealth International Group (MIG) di TGV Sunway Piramid di sini pada Selasa.

Eyra Rahman.
Pengarah itu diminta mengulas mengenai babak akhir Awak Nak Kahwin Dengan Saya? di mana Andika dan Putri sebagai pasangan kekasih yg dilihat keterlaluan apabila Andika memeluk dan mendukung Putri selepas berasa yakin mahu memperisterikan wanita berkenaan.
Tambah pengarah itu, Awak Nak Kahwin Dengan Saya? merupakan sebuah karya komedi yg santai tetapi ia menekankan elemen latar belakang berwarna warni selain skrip yg kuat.
Malah Eyra berhabis masa memberi fokus pada skrip supaya setiap lawak yg dihasilkan dapat diterima penonton.
"Saya seorang pengarah yg selalu menghasilkan filem-filem berat. Apabila mengarahkan filem komedi, ia satu cabaran besar buat saya.
"Paling risau jika lawak yg dibuat dianggap lawak bodoh dan langsung tidak menggeletek hati penonton. Jadi saya meminta bantuan ramai pihak termasuklah barisan pelakon mengenai idea lawak yg disampaikan," ujarnya.
Awak Nak Kahwin Dengan Saya? mengisahkan Andika yg merupakan ketua editor di sebuah syarikat penerbitan majalah dicabar bekas kekasihnya, Sara (lakonan Shima Anuar) untuk membuktikan bahawa dia sudah pun memiliki pasangan baru.
Andika meminta bantuan pembantu peribadinya, Putri untuk berlakon sebagai kekasihnya selama seminggu. Bagaimanapun, bibit-bibit cinta mula terjalin selepas menyedari kedua-dua mereka mempunyai keserasian dan memahami antara satu sama lain.
Filem itu akan ditayangkan bermula 22 Mei ini.
0 Komentar untuk "BERITA Adegan Peluk Dalam Filem Terbaharu MIG Diharap Tidak Menjadi Isu"