malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Abang Kena Belasah Adik Ketika Bela Ibu

 Niat mulia seorang abang yg cuba menyelamatkan ibunya daripada terus dimaki hamun membawa padah apabila cedera ditumbuk dan disepak adiknya sendiri.



Bagaimanapun, perbuatan biadab si adik, Mohd Khairul Anuar Yusof, 24, menerima pembalasan apabila dijatuhi hukumn penjara tiga bulan oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hukuman itu diputuskn selepas Mohd Khairul Anuar mengaku salah dngan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas abangnya, Mohamad Isma Fida Yusof, 27, dngan cara menumbuk dan menyepak sehingga mangsa terjatuh.

Dia mengaku melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu di sebuah rumah di Kampung Bukit Kubang Jambu, di sini, pada 11 Mac 2013, kira-kira jam 8.15 malam.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Berdasarkn fakta kes, pada hari kejadian ketika berada di rumah, mangsa ada terdengar adiknya itu mengugut hendak memukul ibu mereka yg berusia 51 tahun sekiranya permintaannya untk mendapatkn RM20 tidak dipenuhi.

Ketika dua beranak itu sedang bertengkar, mangsa cuba menghalang adiknya daripada terus bersikap kurang ajar dngan ibu mereka tetapi Mohd Khairul Anuar telah menumbuk dan menyepak mangsa hingga terjatuh.

Susulan tindakan itu, mangsa mengalami luka di bahagian dahi akibat terkena batu, luka di siku lengan kiri dan lebam serta luka di bahagian dada.

Bagaimanapun, pergaduhan itu berjaya dileraikn adik lelaki mereka berusia 21 tahun yg ketika itu baru balik dari kedai.

Tag : Abang, Belasah, Ketika
0 Komentar untuk "BERITA Abang Kena Belasah Adik Ketika Bela Ibu"
Back To Top