malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Rozita Che Wan Sudah Penat Berlakon


Rozita Che Wan tubuhkn syarikat produksi pula.

Pelakon Rozita Che Wan membuat keputusan ingin memperlahankn kerjaya lakonannya kerana ingin memberi fokus dngan syarikat produksi Padusi Picture Sdn Bhd yg baru ditubuhkn pada Mac lalu.

Rozita atau lebih mesra dngan panggilan Che Ta, 41, berkata, dia ingin memberi fokus sepenuhnya terhadap keluarga dan perniagaan barunya itu yg ditubuhkn bersama dngan rakan kongsi yg juga merupakn pengurusnya sendiri iaitu Afeeq Abd Wahab.

"Saya dah tak larat nak berlakon dan kalau boleh saya mahu fokus pada anak-anak dan suami selain menguruskn perniagaan tudung Padusi dan syarikat produksi yg baru ditubuhkn.

"Alhamdulillah, setakat ini kami telah menerbitkn sebuah program memasak iaitu Resipi Memikat Suami (siaran Astro Ria) yg dikendalikn oleh Jihan Musa dan kami mendapat respons yg sangat bagus daripada penonton.

Program yg menampilkn pelbagai artis undangan di mana mereka akn memasak untk makan malam buat pasangan mereka itu kini sedang bersiaran setiap Isnin dan Selasa pada pukul 6 petang.


Dafi, Sherry dan Sabhi turut hadir pada majlis berbuka puasa LOL bersama peminat.

Beritahu Rozita, kerana mendapat respons yg baik, syarikatnya telah diberi peluang oleh pihak Astro menerbitkn sebuah telefilem berjudul Sayang Waklu bersempena dngan sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Sementara itu, Rozita bersama tiga lagi selebriti naungan Laugh Out Loud (LOL) iaitu Sherry Ibrahim, Dafi dan Sabhi Sadhi akn mengadakn majlis berbuka puasa bersama 100 orng peminat di Hotel Royal Bukit Bintang pada 22 Julai ini.

"Inilah masanya kami dapat meluangkn masa bersama peminat-peminat dan bagi yg ingin menyertai kami hantarkn mesej menerusi aplikasi WhatsApp kepada Rahman (017-3697838) dan Wawa (012-9235911).



"Bayaran yg dikenaan untk bufet pun berpatutan iaitu sebanyak RM55 sahaja. Siapa cepat dia dapat tau," selorohnya.


 

Related Post:

0 Komentar untuk "ARTIS Rozita Che Wan Sudah Penat Berlakon"
Back To Top