
FIGURA ini cukup prihatin dngan setiap apa yg berlaku di sekeliling dirinya.
DEMAM bola sepak Piala Dunia yg melanda tidak tertumpu pada khalayak umum sahaja. Malah, demam yg hanya datang empat tahun sekali ini turut dirasai oleh selebriti dan personaliti tanah air.
Umum mengetahui, pelakon cantik berdarah kacukan Maya Karin, 35, merupakn anak jadi kelahiran Bayreuth, Jerman. Justeru, aktres yg mula dikenali menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam ini tidak terkecuali menunjukkn sokongan pada negara kelahirannya itu ketika perlawanan antara pasukan Jerman menentang Brazil yg berlangsung awal minggu ini.
“Saya menonton perlawanan Jerman menentang Brazil bersama tiga orang rakan lain. Ketika mula-mula Jerman menjaringkn gol, saya berasa sungguh gembira.
“Begitupun, selepas mereka berjaya menjaring gol kedua hingga kelima, saya jadi tidak keruan. Saya terus menjerit berlari-lari keliling rumah sambil melompat-lompat. Saya seperti tidak percaya!,” tutur Maya yg ditemui pada sidang akhbar memperkenalkn program-program Astro sempena Aidilfitri dan majlis berbuka puasa Astro di Hotel Royal Chulan baru-baru ini.
Namun, kegembiraan Maya terus terpadam tatkala pelantun lagu Teka-Teki itu terbaca dan melihat gambar-gambar mengenai insiden pengebomn tentera Israel terhadap Gaza selepas berlangsungnya perlawann tersebut.
“Sejujurnya, kegembiraan kemenangan negara Jerman dirampas oleh berita pengeboman tersebut. Saya begitu sedih dan insiden itu membuatkn saya hampir menangis,” ujarnya.
Tambah Maya, apa yg mampu dilakukn sebagai seorang manusia biasa adalah memanjangkn doa setiap kali bersembahyg dan meminta agar keselamatan penduduk di Gaza kekal terpelihara.
“Itu sahaja yg termampu untk dilakukn sekarang. Tiada yg lebih baik daripada berdoa dan meminta agar mereka berhenti daripada menyerang Gaza.

MAYA KARIN begitu teruja apabila Jerman layak masuk ke final Piala Dunia kali ini.
“Namun, jika kita benar-benar mahukn keamanan, kita harus bersatu dan berbuat sesuatu yg mampu untk mengubah keadaan sekarang,” ujarnya lagi.
Raya di London
Menyentuh mengenai persiapan hari raya, Maya yg kerap ke luar negara untk menyambut kedatang Aidilfitri telah memilih kota London, England sebagai destinasi pilihannya tahun ini.
Ujarnya, dia bakal menyambut lebaran bersama ayah serta adik perempuannya sebelum pulang ke Malaysia bagi mempersiapkn diri sebelum pementasan teater muzikal Supermokh bermula.
“Cuti raya pada tahun ini tidak terlalu panjang, cuma lima hari. Tahun lepas, saya sudah beraya bersama ibu saya di sini. Justeru, saya memilih untk meraikan kedatangan Syawal kali ini bersama ayah dan adik di London.
“Lagipun, jarang sekali saya bertemu dngan ayah saya. Kebetulan, adik saya baru sahaja bertunang. Jadi, boleh saya menghabiskn masa bersama-sama mereka,” katanya sambil tersenyum.
Melanjutkn perbualan mengenai persiapannya untk hari raya nanti, Maya tidak mahu berlebih-lebih dalm menyediakn juadah.
Katanya, dia lebih gemar jika sambutan hari raya diadakn secara sederhana sahaja.
“Apa yg penting adalah kami dapat berkumpul setelah lama tidak berjumpa. Selain dapat bertanya khabar dan meluangkn masa, kami juga dapat menikmati juadah hari raya bersama-sama,” ujarnya yg bakal menyediakn makanan kegemaraannya, lontong pada hari raya pertama di London.
0 Komentar untuk "ARTIS Maya Karin Sedih Dalam Ria"