
MENGADAKAN BBQ pada malam raya sudah menjadi rutin tahunan Kilafairy dan sanak saudara.
SEPANJANG Ramadan, bagai menjadi satu amalan, cara berbuka puasa disambut dngan menikmati hidangan berbuka di hotel yg menyediakn hidangan bufet dngan tawaran harga berpatutan.. Bagaimanapun, ada juga yg memilih untk berbuka puasa bersama keluarga di rumah yg disifatkn sebagai lebih selesa.
Namun, buat pelakon genit Kilafairy, 22, berbuka di rumah bukanlah menjadi satu kemestian buatnya dan keluarga. Malah, ibu dan bapa pelakon filem Karak ini sudah memahami tuntutan karier anak gadisnya itu.
Selain itu, Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan berkata, walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing, dia sering berhubung dngan ibu dan ayahnya menerusi aplikasi permesejan Whatsapp.
Dalam temu bual selanjutnya, Kilafairy turut berkongsi mengenai persiapan sambutan Hari Raya Aidilftri tahun ini. Ikuti temu bual selanjutnya.
Kosmo!: Boleh kongsikan pengalaman berpuasa Kila sebagai seorng pelakon?
KILAFAIRY: Sejujurnya, memang penat. Lebih-lebih lagi jika saya terpaksa berlakon dalm cuaca yg sangat panas. Tetapi, saya sudah terbiasa dngan keadaan ini dan tidak mempunyai sebarang masalah untk meneruskn kerja pada bulan Ramadan.
Bagaimanakah anda menyambut Ramadan bersama keluarga?
Setiap ahli keluarga saya mempunyai kerja masing-masing. Justeru, ibu dan bapa saya tidak kisah jika kami tidak berbuka bersama-sama. Mereka sangat faham dngan keadaan masa yg tidak menentu seorng pelakon.
Jadi, adakah anda tidak pernah langsung berbuka bersama?
Oh, tidak juga. Walaupun sibuk, ibu akan pastikn kami berbuka bersama-sama sebelum tamatnya bulan Ramadan.
Jika tidak bertemu dalm satu hari, bagaimanakah anda berhubung antara satu dengan lain?
Saya dan ibu akan menghantar gambar sesama sendiri. Selalunya kami akn bertukar gambar makanan ketika berbuka.
Di manakah destinasi Hari Raya anda tahun ini?
Pada tahun ini, saya akn pulang ke kampung emak dan bapa saya iaitu di Kota Tinggi, Johor dan Jertih serta Besut di Terengganu.
Apakah yg sering dilakukn apabila pulang ke kampung?
Sudah semestinya melawat sanak saudara di sana. Selain itu, saya sering menghabiskn masa bersama sepupu yg sudah lama tidak bersua. Pada masa inilah kami dapat bersembang dan bercerita tentang perkembangan terkini masing-masing. Selain itu, kami turut mengadakn BBQ pada malam raya.
Apakah memori Hari Raya yg paling tidak dapat anda lupakn sepanjang bergelar selebriti?
Tidak banyak memori yg kuat di ingatan tetapi, saya akui ibu dan bapa saya masih memberikn duit raya kepda saya (sambil tertawa).
Apakah hidangan kegemaran anda pada Hari Raya?
Laksa Johor dimasak oleh ibu saya. Setakat hari ini, saya masih dalm proses untk mempelajari cara-cara memasak hidangan tersebut. Pada pandangan saya, hanya ibu saya sahaja yg mampu untk membuatnya dngan sempurna.
Apakah perkembangan terbaharu anda?
Saya bakal menyambung penggambaran drama bersiri Dan Hati Pun Berkata selepas tamat cuti Hari Raya. Drama adaptasi daripada novel yg bertajuk sama ini dibintangi oleh Shah Iskandar, Uqasha Senrose dan Syatilla Melvin.
Ada yg mengatakn anda telah dilamar oleh sebuah syarikat rakaman gergasi untk dijadikn artis rakaman mereka. Adakah khabar itu benar?
Buat masa ini saya tidak boleh mengeluarkn sebarang kenyataan. Kami masih dalm proses perbincangan dan jika ada rezeki, karier nyanyian saya mungkin akn bermula secara rasmi tidak lama lagi.
0 Komentar untuk "ARTIS Kilafairy masih dapat duit raya"