Almy Nadia akui jika boleh tidak mahu untk mendedahkn berita kehamilannya yg kini berusia sebulan, demi mengelak fitnah. Menurut laporan yg kami dapat dari Murai, Almy Nadia berkata dia berasa kesal apabila ada pihak yg sudah mempersoalkn tentang kehamilannya walaupun dia sendiri telah berdiam diri.
“Saya kalau boleh tidak mahulah berita ini terlalu didedahkn kepda umum kerana macam-macam benda boleh terjadi.
“Bukannya saya sengaja tidak mahu kongsi mengenai perkara yg menggembirakn ini bersama peminat, cuma saya mengambil langkah berjaga-jaga.
“Sedangkn bila saya diam pun masih ada yg fitnah dan mempersoalkn tentang kehamilan saya , saya tidak tahu apa salah saya pada mereka jadi biarlah.
"Sebelum berkahwin pun saya dah dilanda berbagai-bagai kontroversi. Masa lalu telah banyak mengajar saya.
“Kami sekeluarga telah mengambil keputusan untk tidak membicarakn hal ini secara terbuka… Yg mana saya rasa perlu kongsi saya akn kongsi,” katanya tegas.
Perkhabarn mengenai berita kehamilan pelakon Almy Nadia bukanlah dihebahkn sendiri oleh aktres itu sebaliknya diketahui melalui status yg dimuat naik oleh sahabatnya di laman sosial Instagram beberapa hari lalu. Disebabkn perkara itu ada peminat yg tertanya-tanya mengapa bukan Almy sendiri yg memberitahu mengenai berita gembira itu.
Dalm pada itu, Almy juga diminta untk mengulas mengenai pendedahan kehamilannya yg dibuat sendiri oleh rakannya itu.
“Saya tak marah, kerana sebelum dia memuat naik status tersebut dia telah meminta kebenaran saya untk berbuat demikian.” ulasnya pendek.
0 Komentar untuk "ARTIS Almy Nadia Kecewa Kehamilan Jadi Pertikaian Peminat"