malaynews1. Powered by Blogger.

TERKINI Fauziah Latiff Selesa hidup sendiri


Fauziah Latiff

“HIDUP mesti diteruskan". Itulah ungkapan yg dikongsi penyanyi jelita, Fauziah Latiff mengenai kehidupan peribadinya yg sehingga kini masih lagi sendirian. Positif dalam soal jodoh, Fauziah hanya berserah pada takdir.

Biarpun sehingga kini masih belum menemui pasangan hidup, penyanyi dan pelakon jelita, Fauziah Latiff akui dirinya masih bahagia menjalani kehidupan solonya.

Tidak mahu terlalu memikirkan soal jodohnya, penyanyi yg mesra disapa Jee ini hanya berserah mengenai hal itu.

“Apa sahaja yg berlaku, saya hanya berserah pada ALLAH SWT kerana Dialah yg menentukan segala-galanya dan kita hanya berusaha buat yg terbaik.

“Seperti biasa, saya letakkan kisah peribadi di belakang dan fokus pada perkara yg sepatutnya kerana kehidupan perlu diteruskan.

“Kalau ada jodoh, adalah. Saya ‘cool’ sahaja,” katanya ketika di temui pada majlis sambutan Hari Ibu anjuran Rafflesia di Hotel Royal, baru-baru ini.

Kata Fauziah, untuk mengelakkan daripada rasa kesunyian, banyak masanya diluangkan bersama teman-teman dan aktiviti yg diceburinya.

“Saya hidup seperti orang biasa. Dalam soal ini kita tidak perlu terlalu memikirkannya.

“Disebabkan masa saya penuh dengan pelbagai aktiviti, secara tidak langsung perasaan sunyi itu tidak timbul,” katanya.

Merajuk dengan industri?

Mungkin nama dan kisahnya kini agak jarang didengari, namun siapa sangka Fauziah masih lagi aktif dalam dunia hiburan tempatan.

Tapi apa yg membezakannya, dia kini lebih fokus terhadap karier di sebalik tabir menerusi syarikat produksi miliknya sendiri.

Berkongsi serba sedikit perkembangan terbarunya, penyanyi yg terkenal dengan lagu, Teratai Layu Di Tasik Madu, ini akui tidak pernah terfikir untuk bersara dalam industri hiburan.

“Walaupun jarang muncul di kaca televisyen, tapi saya masih lagi membuat beberapa persembahan untuk majlis-majlis khas dan pada masa yg sama sibuk dengan produksi saya sendiri.

“Secara tidak langsung, saya masih aktif dalam industri ini tapi tidaklah rancak seperti dahulu.

“Saya selesa dengan kehidupan sekarang yg lebih tumpukan masa untuk kehidupan sendiri,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut mengenai karier nyanyiannya, Fauziah memberitahu dia kini sedang dalam perbincangan untuk menghasilkan buat tangan baharu buat peminat.

“Sebenarnya saya ada terima satu tawaran untuk hasilkan single baharu. Tapi buat masa ini saya belum buat sebarang keputusan.

“Mungkin kalau ada rezeki, saya anggap penghasilan single ini sebagai buah tangan kepada peminat yg mungkin sudah lama menantikannya,” jelasnya.

 

0 Komentar untuk "TERKINI Fauziah Latiff Selesa hidup sendiri"
Back To Top