malaynews1. Powered by Blogger.

PANAS M Daud, Sharifah Aini stabil



YAYASAN Artis 1 Malaysia (YA1M) ditubuhkan bagi menjaga kebajikan karyawan seni, di samping membantu meringankan beban yg dihadapi penggiat seni tempatan.

Selaras dengan objektif penubuhannya, Presiden YA1M, Datuk DJ Dave dan salah seorang pemegang amanah YA1M, Datuk Nashrudin Elias atau lebih mesra disapa Nash turun padang untuk meluangkan masa melawat insan yg tidak asing lagi dalam industri seni tanah air kita.

Mereka yg dimaksudkan adalah Presiden Persatuan Penyanyi, Pemuzik dan Penulis Lagu Tanah Air (Papita), Datuk M Daud Wahid dan biduanita negara yg terkenal dengan kelunakkan suaranya, Datuk Sharifah Aini.

DJ Dave menjelaskan, sudah menjadi tanggungjawab YA1M untuk turun padang membantu rakan seniman dan karyawan yg ditimpa masalah atau kemalangan.

“Kami di YA1M akan terus memberi sumbangan dan meluangkan masa apabila karyawan negara kita dilanda masalah atau sakit.

“Dapat berita dia sakit, saya terus naik penerbangan dari Sabah untuk melihat sendiri keadaannya.

“Alhamdulillah, keadaan Datuk M Daud semakin baik. Aktiviti seumpama ini akan kami teruskan sekerap mungkin dan melawat karyawan berumur atas 60-an sebagai salah satu tanggungjawab YA1M,” katanya.

Sumbangan amat diperlukan : M Daud

Kunjungan YA1M ke Poliklinik Umra, Shah Alam, nyata diterima baik M Daud, yg sedang menerima rawatan di situ akibat jangkitan kuman pada hempedunya.

M Daud berkata, aktiviti melawat dan memberi sumbangan seperti yg dilakukan YA1M amat diperlukan dalam membantu golongan karyawan.

“Kami nak harap royalti untuk hidup pun tak seberapa. Kena ada pihak yg jalankan tanggungjawab jaga kebajikan penggiat seni yg memerlukan macam dilakukan YA1M ini.

“Nasib baik saya ada anak. Kalau karyawan yg sebatang kara itu siapalah nak bantu mereka kalau tak ada pertolongan dari badan yg berkaitan,” katanya.

Tambahnya, dia amat bersyukur dengan kunjungan DJ Dave dan Nash serta wakil dari YA1M yg sentiasa prihatin dalam menyumbangkan pertolongan semampu boleh kepada para karyawan.

Sebelum itu, M Daud terjatuh di rumahnya lalu dikejarkan ke poliklinik tersebut oleh anaknya.

Tindakan susulan akan dimaklumkan doktor sama ada dia perlu menjalani pembedahan atau tidak.

Pun begitu, keadaannya semakin pulih apabila hempedunya sudah kecut setelah menerima rawatan.

Penggiat seni berusia 71 tahun ini telah melibatkan diri dalam industri hiburan sejak tahun 1964 lagi ketika usianya baharu 20 tahun.

Ketika itu, pemilik nama penuh Mat Dawood @ Mat Daud Wahid ini mula menyanyi dalam sebuah pancaragam sebelum menerbitkan lagu sendiri, khususnya lagu kanak-kanak, enam tahun kemudian.

Dia kemudiannya menjalani kehidupan anak seninya sebagai penerbit lagu sebelum menjadi salah seorang daripada pengasas Papita, seterusnya menerajui persatuan itu sebagai presiden.


Sharifah Aini tolak lawatan?

Beberapa bulan lalu, portal dan akhbar tempatan melaporkan pelantun lagu popular, Kenang Daku Dalam Doamu ini dijangkiti virus Influenza A (H1N1).

Baru-baru ini pula, beliau dilaporkan terlantar di hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Bagaimanapun, lawatan YA1M di hospital tidak diterima penyanyi berkenaan kerana dia masih dalam proses pemulihan.

Kata DJ Dave, penyanyi berusia 61 tahun itu hanya akan menerima kunjungan setelah dia bersedia dan sudah pulang ke rumah.

Jelasnya, YA1M akan melawat Sharifah Aini sebaik sahaja keadaan mengizinkan, tambahan pula tahap kesihatan penyanyi itu dilaporkan semakin stabil.

 

Tag : Sharifah, stabil
0 Komentar untuk "PANAS M Daud, Sharifah Aini stabil"
Back To Top