malaynews1. Powered by Blogger.

PELIK Lelaki Satu Kepala Dua Wajah - Edward Mordake

Siapa kata manusia berwajah dua hanyalah sebuah ungkapan saja, pada aba 19 ada manusia berwajah dua bernama Edward Mordake. Benar-benar mempunyai dua wajah, satu di bahagian depan sebagai mana layaknya manusia pada umumnya dan satu lagi berada di belakang.

Wajah bahagian depan berfungsi normal sedangkan wajah bahagian belakangnya hanya boleh tersenyum tidak boleh bercakap ataupun makan. Edward Mordake adalah seorang lelaki kacak yg hidup pada abad ke-19, Edward hidup dilahirkan dalam sebuah keluarga keturunan bangsawan Bangsawan Inggeris.







Edward Mordake


Keluarganya sangat menyayanginya, mengasuh dan menjaga dengan penuh cinta sayang, namun seperkara yg kelihatan selalu mengganggu fikirannya adalah satu wajah yg melekat pada kepala bahagian belakangnya.

Tidak ada rekod perubatan yg lengkap pada waktu itu kerana terbatasnya tekhnologi pada zamannya, namun semua catatan menyebutkan satu hal yg sama bahawa Edward adalah seorang pemuda yg menawan dengan keperibadian yg mulia.

Namun ketampanan itu hanya terlihat dari depan, saat dia membalikkan tubuhnya wajah muram dan menakutkan. Beberapa kisah lain menyebutkan bahawa wajah kedua Edward adalah seorang gadis cantik, tetapi para saintis membantah soal itu kerana kembar parasit selalu mempunyai jantina yg sama.

Cerita lain menyebutkan juga bahawa wajah kedua Edward adalah wajah Iblis yg selalu memanggil syaitan dan kejahatan.



 

Related Post:

0 Komentar untuk "PELIK Lelaki Satu Kepala Dua Wajah - Edward Mordake"
Back To Top