malaynews1. Powered by Blogger.

PELIK Fenomena Mengejutkan Berlaku Di Butik Tudung Fareeda




Di sebalik pelbagai kontroversi yg menyelubungi tudung Fareeda terutama pertikaian tentang tudung yg dikatakan singkat dan tidak memenuhi syariat, jenama ini terus gah menempa nama di negara ini.

Malah tak keterlaluan dikatakan, minat terhadap tudung ini mencetuskan fenomena yg biasanya hanya berlaku apabila jenama terkemuka dunia seperti Apple atau Samsung melancarkan produk baharu.

Bayangkan demi mendapatkan koleksi terbaru Fareeda, ada yg sanggup tidur di luar butik dan beratur dari pagi sampai ke petang. Dan oleh sebab ruang butik yg terhad tetapi pelanggan terlalu ramai, sistem angka giliran terpaksa diperkenalkan. Ya, sampai begitu sekali!

Berikut antara komen pelanggan Fareeda sekaligus membuktikan kesanggupan sesetengah wanita beratur dan menunggu berjam-jam demi mendapatkan tudung jenama ini:




Situasi ini pula bukan hanya melanda di Bandar Baru Bangi tapi di semua butik Fareeda termasuk di Kelantan dan Pulau Pinang.

Lihat sahaja gambar-gambar di bawah yg boleh membuatkan sesiapa sahaja yg tidak biasa pasti melopong melihat kegilaan peminat tudung ini.




Ada juga yg sanggup sampai tidur di luar butik semata-mata mahu jadi orang terawal mendapatkan tudung terbaru jenama ini! Apa pun, tahniah diucapkan kepada Fareeda kerana berjaya mencetuskan fenomena tersendiri di negara ini.

Ia menjadi bukti produk yang bagus akan ‘bercakap dengan sendiri’ dan inilah yg dibuktikan oleh tudung Fareeda yang sentiasa tampil dengan rekaan segar dan tersendiri.

 

0 Komentar untuk "PELIK Fenomena Mengejutkan Berlaku Di Butik Tudung Fareeda"
Back To Top