Keputusan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Kimia yg mengesahkan produk Cadbury Roasted Almond dan Cadbury Hazelnut bebas daripada DNA babi.
“Status penggantungan sijil halal Cadbury akan dibincang dan jika tiada halangan ia akan diberi semula.
"Namun sebelum sijil halal itu diberi semula, JAKIM akan melawat semula kilang Cadbury,” kata Jamil dalam satu sidang media pada Isnin.
Selain daripada dua produk tersebut, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengambil empat produk lain dalam aliran pemprosesan yg sama dan lima jenis bahan mentah yg berpotensi mengandungi unsur haiwan. Kepada saudara muslim di luar sana, berhati-hatilah dalam memilih makanan, jikalau was-was lebih elok kita tidak makan. Sekian
0 Komentar untuk "PANAS ! Jamil Khir Sahkan bahawa Tiada DNA babi dikesan dalam dua produk Cadbury"