malaynews1. Powered by Blogger.

MENARIK Tasha Shilla Kongsi Cerita Makan Angin Di Sydney


Tasha Shilla memberikan aksi istimewa di Pantai Bondi, Sydney, Australia.

Pelakon Tasha Shilla menganggap percutiannya ke Sydney, Australia sebagai satu pilihan yg cukup istimewa kerana dia dapat melakukan pelbagai aktiviti lasak yg jarang dilakukan pada percutian-percutiannya sebelum ini.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Sheila Abd. Razak, 27, berkata, sudah agak lama dia berhasrat untuk menjejakkan kaki ke Sydney selepas berpeluang menggembara salah satu destinasi di Australia iaitu ke Perth tidak lama dulu.

“Saya macam tak percaya dapat ke Sydney dan dalam masa yg sama berpeluang menyertai pelbagai aktitiviti lasak yg dianjurkan ketika musim sejuk sedang bermula. Lebih bermakna saya dapat bercuti bersama ibu saya,” katanya kepada mstar Online.


Menaiki parasiling.

Tasha bersama ibunya Rosnah Suratmat, 57, diberi peluang untuk makan angin di negara kanggaru itu dalam percutiaan yg ditaja oleh syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia X.

Dalam percutian berkenaan, Tasha dan beberapa rambongan diberi peluang ke beberapa tempat menarik yg menjadi tarikan di bandar itu.

Ia bermula selama empat hari dari 11 Jun lalu.


Tasha berkata, dia menggigil kerana kesejukan ketika melakukan aktiviti parasailing.

Turut serta Pegawai Khas kepada Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad iaitu Edd Razhe dan Pengurus Pemasaran dan Komunikasi AirAsia X, Fairuz Majid.

Tasha berkata, sepanjang empat hari di Sydney itu, pengalaman baharu yg dirasainya ialah melakukan ‘quadbiking’ di bukit pasir yang terletak di Williamtown iaitu pinggir Sydney.


Tak sah kalau tak memberi makanan kepada kangaru jika ke Australia.

Kata Tasha, dia dapat melihat satu pemandangan luar biasa dan indah di kawasan seperti padang pasir yg luas sambil menunggang kenderaan ‘quadbiking’.

"Selama ini saya hanya menonton aktiviti ini di televisyen tetapi peluang yang ada membolehkan saya merasai satu pengalaman yg indah. Apatah lagi apabila ibu sendiri yg menemani saya," katanya yg turut bermain luncur pasir.

Selain itu Tasha berkata, dia juga merasai aktiviti bermain payung terjun ‘parasailing’ di pelabuhan yg dikenali Port Stephens Watersports.

Menurut Tasha, walaupun berpengalaman menyaksikan suasana persekitaran yg indah di kawasan pantai berkenaan dari udara tetapi disebabkan suhu yg ketika itu 13 darjah selsius menyebabkan dia berada dalam keadaan menggigil akibat kesejukan.

Tasha juga berpeluang melihat kehidupan ikan lumba-lumba di satu kawasan teluk pelabuhan berkenaan yg mempunyai kira-kira 160 ekor selain merasai masakan ikan siakap bakar di pusat ternakakan ikan itu.


Keindahan bukit pasir.

"Saya pernah menaiki parasailing sebelum ini di Malaysia tetapi kali ini yg menjadi pengalaman menarik apabila aktiviti ini dilakukan ketika udara sejuk. Ia menyebabkan saya menggigil," katanya.

Dalam pada itu lebih menarik ujar Tasha apabila pihak AirAsia membuat kejutan dengan memanggil sekumpulan pemilik motosikal Harley Davidson untuk membawanya serta rombongan percutian itu mengelilingi bandar Sydney.

Antara aktiviti lain yg menarik dan menambahkan lagi keterujaan apabilka berpeluang memasuki pusat kesenian Opera House yang menjadi kebanggaan rakyat Australia kerana ia dapat memperlihatkan kehebatan dunia kesenian di negara itu.


Menaiki quadbiking.

"Saya benar-benar teruja apabila dapat memasuki Opera House yg selama ini kita hanya melihat gambarnya sahaja. Ia sebuah panggung pementasan yang benar-benar menakjubkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain Fairuz berkata, AirAsia X melakukan penerbangan dua kali sehari ke Sydney yang mana destinasi itu merupakan pilihan popular ke Australia.

AirAsia X juga katanya turut melakukan pelbagai promosi tambang murah dalam usaha menarik lebih ramai penggembara mengembangkan destinasi pelancongan mereka.

Maklumat lanjut dan pakej menarik boleh layari www.airasia.com


Inilah ibu Tasha, Rosnah Suratman.

 

0 Komentar untuk "MENARIK Tasha Shilla Kongsi Cerita Makan Angin Di Sydney"
Back To Top