Seorang imam di Turki dibenarkan untk meneruskan kegiatannya bermain dalam sebuah kumpulan muzik selepas pihak berkuasa agama tempatan memutuskan hobinya itu tidak menyalahi Islam serta tidak mengganggu tugasnya di masjid.
Imam berkenaan, Ahmed Muhsin Tuzer yg merupakan ketua agama di sebuah perkampungan kecil, disoal siasat oleh badan yg bertanggungjawab terhadap masjid berhubung kegiatannya dalam kumpulan muzik, Firock.
Badan berkenaan membenarkan Ahmed Muhsin bermain dalam kumpulan muzik itu yg menggabungkan elemen rock dan lagu Sufi, dan dia hanya diberi nasihat ekoran kritikannya terhadap siasatan yg dikenakan itu.
Tag :
Berjiwa
0 Komentar untuk "MENARIK Imam Berjiwa Rock"