malaynews1. Powered by Blogger.

GEMPAR Tubuh Pengantin Jadi "Ratahan" Adik Beradik Suami Akibat Dendam

 Seorang wanita di sebuah kampung di sini dipaksa berkahwin dan menjadi mangsa rogol berkumpulan sebagai satu 'hukuman' ekoran adik lelakinya melarikan isteri orang.

Wanita yg dirahsiakan identitinya itu telah dimaklumkan dia akan berkahwin dengan abang kepada kekasih adiknya sebagai tindakan membalas dendam atas perbuatan keji mereka.

Setelah dipaksa berkahwin, malang bagi wanita itu, apabila menjadi mangsa rogol beramai-ramai oleh adik-beradik suaminya.

Apa yg lebih mengejutkan, perbuatan terkutuk itu turut menerima sokongan golongan tua di perkampungan itu yg menyifatkannya sebagai 'cara terbaik untuk membalas dendam'.

Wanita itu mendakwa terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan abang kekasih adiknya itu kerana bimbang akan berlaku pertumpahan darah di perkampungan itu.

'Beberapa jam selepas saya berkahwin, abang ipar merogol saya tanpa belas kasihan’.

'Malah bapa mertua pula didakwa sangat bersetuju dengan perkahwinan paksa ini kerana ingin membalas dendam atas perbuatan adik saya yg melarikan bakal menantunya,'katanya.




Selain dipaksa berkahwin, gadis malang itu juga dipaksa membayar wang pampasan sebanyak 75,000 rupee (RM4,080) kepada keluarga mertuanya.

Menurut jurucakap polis tempatan, Manzil Saini, Si gadis malang itu telah dipaksa berkahwin pada 15 Februari yang lalu.

Dan pada 21 Julai , wanita itu berjaya melarikan diri dari rumah suaminya dan bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis, kelmarin.

'Kami telah menerima laporan daripada mangsa dan siasatan akan dilakukan secara terperinci,' ujarnya. 



 

0 Komentar untuk "GEMPAR Tubuh Pengantin Jadi "Ratahan" Adik Beradik Suami Akibat Dendam"
Back To Top