malaynews1. Powered by Blogger.

GEMPAR Punca JAIS Serbu Majlis Kahwin Hindu

Majlis perkahwinan yg dijalankan mengikut adat dan budaya agama Hindu tergendala apabila diserbu sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Serbuan itu berpunca setelah JAIS mendapat tahu bahawa pengantin wanita yg akan berkahwin dalam majlis itu adalah beragama Islam.

Tinjauan ke lokasi majlis di Jalan SS 1/25 pada jam 10.30 pagi itu mendapati kira-kira 50 tetamu sudah tiba di majlis berkenaan sebelum empat pegawai penguatkuasa JAIS tiba untuk melakukan siasatan.




Bagaimanapun, keadaan di lokasi terkawal apabila pihak keluarga kedua-dua pasangan pengantin dan tetamu yg hadir memberikan kerjasama kepada pegawai JAIS di samping kawalan ketat kira-kira 10 pegawai dan anggota polis di luar kawasan majlis tersebut.

Menurut sumber, perkahwinan antara lelaki beragama Hindu dan pasangannya yg dipercayai beragama Islam dijangka dilangsungkan pada 10.30 pagi dan ia terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendapat aduan bahawa perkahwinan tersebut melanggar undang-undang.

“Pihak berkuasa menerima maklumat daripada orang awam bahawa perkahwinan itu akan dilangsungkan dan hasil siasatan mendapati maklumat itu tepat dan serbuan telah dijalankan,” kata sumber. 







Pengantin yang ditahan



 

0 Komentar untuk "GEMPAR Punca JAIS Serbu Majlis Kahwin Hindu"
Back To Top