malaynews1. Powered by Blogger.

GEMPAR Makam Ahmad Ammar Ditumbuhi Bunga Mekar




Sudah 7 bulan Ahmad Ammar meninggalkan kita - Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki.

Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yg berusia 20 tahun itu.

Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki.

Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yg banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya.

Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telahmenyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya. Al-fatihah..




 

0 Komentar untuk "GEMPAR Makam Ahmad Ammar Ditumbuhi Bunga Mekar"
Back To Top