
Madonna bersama buah hati baharunya bernama Timor Steffens.
SEBAGAI wanita yg mempunyai kehidupan idaman ramai, Madonna tidak dapat menafikan kehidupannya tidak seindah khabar. Seringkali mempunyai masalah dalam hubungan cinta, selebriti ini bagaimanapun cukup terkenal dengan sikap suka menukar teman lelaki muda.
Malah dengan populariti yg dimiliki harus diakui, tugas mencari seorang teman lelaki buat Madonna memang mudah. Baru-baru menerusi MailOnline, Madonna, 55, dilihat sibuk menjaga buah hati baharunya bernama Timor Steffens yg baru berusia 26 tahun. Jarak usia hampir 30 tahun itu bukan satu masalah kepada Madonna kerana sebelum ini pun dia sering bertukar ganti teman lelaki yang lebih muda daripadanya.
Tidak dinafikan Steffens lebih berusia daripada dua kekasih Madonna sebelum ini iaitu Brahim Zaibat, 25, dan DJ Jesus Luz, 22. Sikap Madonna yg suka memilih teman lelaki yg jauh lebih muda ini dilihat semakin teruk selepas bercerai dengan Guy Ritchie pada tahun 2008. Malah sikap suka berfoya dengan lelaki muda juga membuatkan Madonna dipandang serong masyarakat memandangkan anak sulung dia sendiri kini sudah berusia 17 tahun.
Pernah sebelum ini Madonna bersikap terbuka berkongsi kisah di sebalik percintaannya dengan lelaki muda. Pada ketika itu Madonna sedang dilamun cinta bersama Zaibat, kata Madonna memilih lelaki muda bukan sebab kemahuannya tetapi lebih kepada nasib.
?Saya tidak memilih untuk bercinta dengan lelaki muda, bukan semudah menulis di atas kertas yg saya akan bercinta dengan lelaki muda.
?Tanpa disedari. Memang saya seorang yg romantik, bila berjumpa dengan orang yg saya suka sudah pasti saya sayang dia," katanya.
0 Komentar untuk "DUNIA Madonna kembali bercinta"