Tindakan berani seorang pelajar thn lima menarik tangan adik perempuan dan sepupu lelakinya berjaya mematahkan cubaan culik menggunakan sebuah van putih di depan rumah didiami di Kampung Melayu Ampang Tambahan di sini, Rabu lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dan sepupu lelakinya berusia sembilan tahun cuba dilarikan sekumpulan tiga penjenayah ketika mangsa sedang bermain badminton di kawasan berkenaan.
Bagaimanapun abang kepada kanak-kanak perempuan itu yg berusia 11 tahun bertindak nekad menarik tangan kedua-dua mangsa sebelum suspek kelam-kabut melarikan diri.
Bapa salah seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yg hanya mahu dikenali sebagai Akmal, 28, berkata, dia tersentak sejurus menerima panggilan telefon dari isterinya yg memaklumkan kejadian cubaan culik itu.
“Setibanya di rumah, anak lelaki saya memberitahu bahawa dia dan anak saudara perempuan kami nyaris diculik tiga lelaki yg dilihat menaiki sebuah van, lapor Hmetro.
0 Komentar untuk "BERITA Tindakan Berani Pelajar Darjah 5"