
Gambar hiasan
Seorang isteri parah di peha kiri manakala seorng remaja lelaki hampir putus tangan kiri akibat ditetak suami wanita terbabit selepas mereka ditemui dalam keadaan TANPA BAJU di dalam rumah sewa dalam kejadian di Langgar, dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi, lelaki berusia lewat 20-an itu dikatakan baru pulng berniaga di kedai makannya di Kepala Batas, di sini, terkejut apabila mendapati isterinya berusia awal 30-an dalam keadaan memalukan bersama pekerjanya yg berusia 19 tahun.
Jurucakap polis berkata, suspek bertengkar dengan pekerjanya itu sebelum pergi ke dapur dan mengambil sebilah parang serta menetak mangsa beberapa kali yg turut terkena isterinya.
Katanya, polis yg dimaklumkan mengenai kejadian mendapati kedua-dua mangsa mengalami pendarahan teruk sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporn berhubung kejadian dan memaklumkan suami mangsa ditahan untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.
0 Komentar untuk "BERITA Suami tetak isteri, pembantu selepas cekup mereka berzina"