
Korang pernah tengok iklan Kit Kat versi yg ada Datuk M.Nasir lepas makan coklat tersebut dia terbang.
Dalam iklan tersebut, pelakon muda yg melakonkan watak macam pekerja di kaunter pembayaran...dialah pelakon yg GR maksudkan nama beliau Nabil Abdul.
Beliau telah pun meninggal dunia pada jam 10.30 pagi (Selasa) di Hospital Ampang. Setelah hampir seminggu beliau terlantar di hospital atas sebab penyakit yg beliau hadapi selama ini.
Arwah Nabil Abdul mengidap penyakit Kanser darah yg dipanggil 'limfoma' merupakan salah satu cancer darah dan kelenjar malfunction.
Arwah juga merupakan adik bongsu kepada pelakon Lydia Ibtisam yg popular dalam siri Impian Ilyana.
Alhamdulillah jenazah arwah Nabil Abdul selamat dikebumikan di kampungnya di Kulim, Kedah selepas solat Isyak tadi.
GR doakan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Terharu lihat kawan-kawan arwah dari yg sanggup turut bersama menemani arwah hingga ke tanah perkuburan.
Orang yg baik, pasti balasannya baik-baik juga. Meninggal dunia muka penuh dengan senyuman, semuanya dipermudahkan.
0 Komentar untuk "BERITA Pelakon Nabil meninggal dunia"