Seorang pekerja pelantar minyak sebelum ini mendakwa ternampak sebuah kapal terbang terbakar dilautan (dia percaya pesawat MH370) di luar pantai Vietnam telah dipecat oleh majikannya.
Mike McKay, dari New Zealand, bertugas di pelantar minyak Songa Mercur di luar pantai Vietnam pada 8 Mac, masa yg sama apabila kapal terbang Boeing 777 yg membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang.
Beliau mula menghantar emel kepada majikan beliau mengenai kejadian tersebut, menggesa mereka untuk mengemukakan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa. Apabila dia tidak mendapat sebarang maklum balas, beliau menghantar emel yg sama kepada pihak berkuasa Vietnam dan Kedutaan New Zealand beberapa hari kemudian, memberitahu mereka apa yg berlaku pada hari itu.
"Tuan-tuan. Saya percaya saya melihat penerbangan MAS menurun. Masanya tepat," katanya dalam emel itu.
"Saya cuba menghubungi pihak berkuasa Malaysia dan Vietnam. Tetapi saya tidak tahu jika mereka menerima maklumat itu.
"Saya di pelantar minyak Songa-Mercur di luar pantai Vung Tau. Lokasi permukaan adalah Lat 08 22 '30,20" N 108 Lat 42.22.26 "E.
"Saya memerhatikan pesawat itu terbang tinggi dalam keadaan terbakar di arah 265 hingga 275 derajat dari lokasi kilang minyak."
Pelantar minyak Songa Mercur di Vung Tau, di pantai tenggara Vietnam terletak di kawasan yg sama di mana satelit China melaporkan menjumpai bangkai pesawat.
Berikutan penerbitan emel beliau, yg kemudiannya dibocorkan kepada media, pengendali pelantar minyak, Idemitsu dan kontraktor dan pemilik pelantar, Songa Offshore, dibanjiri dengan pertanyaan sehingga menyekat komunikasi syarikat itu, kata McKay kepada akhbar New Zealand Sunday Star Times.
"Keadaan menjadi tidak terkawal bagi mereka dan saya telah dipecat," katanya.
Pegawai-pegawai Vietnam menemuramah beliau di Vung Tau dan ingin bertindak berdasarkan maklumatnya tetapi pencarian berpindah ke Laut Andaman dua hari selepas temu bual itu, kata McKay.
Pegawai tentera laut Vietnam Le Minh Thanh memberitahu ABC News dari Amerika Syarikat bahawa pegawai-pegawai Vietnam menghantar kapal terbang ke kawasan tersebut untuk menyiasat dakwaan McKay, tetapi pencarian itu adalah sia-sia.
Penerbangan MH370 dilaporkan hilang tidak lama selepas ia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan ia masih hilang walaupun usaha carian antarabangsa melibatkan lebih daripada 24 negara-negara, terutamanya di Lautan Hindi.

0 Komentar untuk "BERITA Pekerja Pelantar Minyak Di Pecat Angkara MH370"