malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Mahal sangat ke Shah Iskandar?


Shah Iskandar

AMBOI bukan main sedih seorang penerbit drama yg tak dapat menggunakan khidmat pelakon popular, Shah Iskandar. Katanya dia memang sudah lama teringin nak menggunakan khidmat pelakon tersebut.

Tapi apabila dirisik-risik khabarnya harga untuk mengambil Shah Iskandar berlakon sudah semakin mahal berbanding dulu. Betul ke macam itu?

Kata penerbit ini lagi harga yg Shah letak kepada pihaknya memang sedikit tinggi jika dibandingkan dengan harga dahulu. Iyalah, Shah pun memang tengah laku sekarang.

Jadi apabila difikir-fikir dan bersetuju dengan harga yg ditetapkan, Shah pula sibuk sebab penerbit lain dah sapu dulu. Dan merajuklah penerbit tersebut sebab tak dapat bekerjasama dengan hero baru itu.

Syed sendiri tak pasti harga Shah tinggi mana. Tapi kalau dia letak tinggi sekali pun memang berbaloi apalagi baru menang anugerah. Tentulah mampu melariskan drama, kenalah letak harga lebih.

?Tak pernah pula saya dengar orang merungut pasal harga ini. Sampai bulan September nanti jadual saya dah penuh itu pun sudah ditetapkan sebelum menang anugerah lagi.

?Rasanya isu ini tak besar mana pun. Telefon saya elok-elok dan tanya sendiri harga. Barulah mereka boleh nilai sendiri apa yg akan saya berikan," tegas Shah pada Syed.

Lagi satu penerbit pun janganlah nak kaut untung semata-mata. Seboleh-boleh nak harga paling murah untuk golongan pelakon dan kru produksi. Untung semua masuk poket. Opss...

Tak mengapalah Shah, kalau awak memang beri komitmen baik tak ada masalah untuk letak harga pun. Tak mungkin selama-lamanya nak dibayar harga lama. Tak gitu?

Syed: Restoran Cerana Cheras menganjurkan sambutan Hari Bapa malam ini. Kepada yg berminat boleh datang untuk menyaksikan persembahan Malik Ridzuan, Ayu Damit, Isma AF dan Roslan Shah.

 

Related Post:

0 Komentar untuk "BERITA Mahal sangat ke Shah Iskandar?"
Back To Top