malaynews1. Powered by Blogger.

BERITA Budak Perempuan Naik Bas Cari Ibu

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun mencetuskan gempar apabila bertindak menaiki bas secara berseorangan di pusat beli belah Kota Raya, Kuala Lumpur untuk mencari ibunya selepas dilaporkan hilang ketika keluar bersama.


Budak Perempuan Naik Bas Cari Ibu

Difahamkan kanak-kanak tersebut keluar bersama ibunya untk ke pusat beli belah berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi sebelum mereka terpisah.

Tindakan kanak-kanak tersebut menaiki bas bersendirian mengundang rasa pelik seorang wanita yg kemudian membawa kanak-kanak tersebut ke Balai Polis Tun HS Lee bagi tujuan keselamatan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan mengenai kejadian dan berkata kanak-kanak itu telah dijumpai oleh ibunya.

Beliau berkata, ibu mangsa telah tampil ke balai polis dua jam selepas kanak-kanak itu dilaporkan hilang dan memberitahu kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan sihat.

Tag : Budak, Perempuan
0 Komentar untuk "BERITA Budak Perempuan Naik Bas Cari Ibu"
Back To Top