malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Keith Foo Tak Layan Kontroversi



PELUANG mencipta nama dalam bidang lakonan terlebih dahulu di Indonesia memberikan kelebihan dari segi pengalaman buat Keith Foo.

BARU memasuki tempoh setahun mengembangkan karier seninya di negara kelahiran sendiri, ternyata pelakon Keith Foo tidak mengambil masa yg lama untuk dirinya dikenali ramai. Sejak membintangi drama berisi Ariana Rose yg pernah disiarkan di TV3 sebelum ini, nama pelakon kelahiran Rembau, Negeri Sembilan itu semakin menjadi sebutan peminat.

Bagaimanapun, sudah menjadi lumrah buat mereka yg bergelar seorang artis, apatah lagi sedang mengecapi nikmat populariti, sudah tentu sukar untuk menghindarkan diri daripada bahang kontroversi.

Itulah yg terpaksa dialami oleh pelakon kacukan Cina-India itu apabila terjun dalam dunia hiburan di Malaysia apabila dirinya dikaitkan dengan beberapa kontroversi hangat.

Sebelum ini pernah timbul cerita yg mengatakan dia sudah mula meminta bayaran tinggi untuk membintangi sesebuah drama, meskipun baru setahun jagung mengembangkan karier lakonannya di negara sendiri.

Tidak lama kemudian, muncul pula sebuah lagi cerita yg agak sensasi apabila gambar mesranya bersama pemilik Pena Creative Sdn. Bhd., Ziela Jalil yang mendapat kecaman segelintir pihak.

Memahami asam garam dunia artis memandangkan dia pernah bergelumang dalam dunia lakonan di Indonesia selama lapan tahun, Keith menyatakan dia enggan cepat melatah sekiranya timbul sesuatu isu mengenai dirinya.

"Saya lebih suka mengambil pendekatan untuk tidak melayan sebarang kontroversi yang timbul. Kalau ada cerita yg kurang baik mengenai diri saya, ia umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

"Lagipun tujuan saya pulang ke Malaysia semata-mata mahu mengembangkan karier lakonan semata-mata dan tidak mahu memeningkan kepala dengan melayan perkara yg remeh," ujarnya ketika ditemui dalam satu sesi fotografi khas sempena sambutan ulang tahun TV3 yang ke-30 baru-baru ini.

Tegasnya, sekiranya timbul sesuatu isu yang berkaitan dengan dirinya, Keith lebih suka kalau dia dihubungi terus berbanding dengan mendengar kata-kata orang lain yg belum tentu ada kebenarannya.

Luah Keith, adakalanya kontroversi yg timbul terhadap seseorang pelakon itu sengaja disensasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tanpa mendapatkan penjelasan sebenar daripada empunya diri.

"Misalnya berkenaan dengan isu bayaran tinggi yang dikaitkan dengan saya sebelum ini, rasanya penerbit atau pengarah yang pernah bekerjasama dengan saya tahu tentang perkara yg sebenar.

"Disebabkan itu saya tidak mahu ambil kisah sangat dengan perkara sebegitu. Lagipun kontroversi yg timbul tidak menjejaskan karier saya dan tawaran lakonan yg diterima masih lagi banyak diterima," jelasnya.

Selain tawaran lakonan yang tidak putus-putus, Keith juga bersyukur kerana sehingga kini keluarganya tidak kisah dengan segala cerita negatif yg melanda dirinya serta dapat menerima dengan hati terbuka.


TIDAK larut dalam kemilau glamor, Keith Foo melangkah setapak dengan menubuhkan sebuah syarikat, Aksi ReAKTivasi Sdn. Bhd. yang dijangka menerbitkan filem.

Tidak menyesal

Umpama kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri', pastinya ia cukup tepat ditujukan kepada pelakon kacak ini.

Berkelana selama bertahun-tahun di rantau orang semata-mata mahu mengembangkan bakat seni yg dimiliki, akhirnya dia kembali Malaysia dan sekali gus mencipta populariti di negara sendiri.

"Secara jujurnya, saya tidak pernah berasa menyesal kalau dikatakan terlalu mengambil masa yg lama berada di Indonesia, sedangkan tidak sukar buat diri saya mencipta nama di negara sendiri.

"Bagi saya, mencipta nama di luar negara itu memberi peluang kepada saya menimba seberapa banyak pengalaman. Mungkin kalau pulang ke Malaysia lebih awal, tentu saya tidak berada di tahap seperti sekarang ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Keith mengakui dia masih lagi meraih tawaran berlakon untuk produksi di Indonesia.

Bagaimanapun, lantaran jadual lakonan yg padat di Malaysia menyebabkan dia terpaksa menolaknya.

"Biarlah saya memberi tumpuan sepenuhnya kerjaya lakonan di Malaysia sekarang. Malah, saya kini berasa semakin gembira kerana dapat lebih dekat dengan ahli keluarga dan kerjaya pula semakin berkembang," jelasnya yg baru selesai menjalani penggambaran telefilem Perempuan Lindungan Kaabah di Abu Dhabi, UAE.

Terbit filem

Selain sibuk dengan kerjaya sebagai pelakon, Keith kini melangkah setapak lagi apabila menubuhkan sebuah syarikat, Aksi ReAKTivasi Sdn. Bhd. bersama seorang rakan baiknya.

Jelas Keith, syarikat berkenaan yg sudah ditubuhkan sejak beberapa bulan lalu memberi fokus kepada pengurusan dirinya buat masa ini terlebih dahulu sebelum mengambil pelakon-pelakon lain.

"Sebenarnya saya sudah lama mahu menubuhkan sebuah syarikat yg akan menguruskan kerjaya saya dengan lebih lancar dan baru sekarang ini ia terlaksana setelah mendapat kata sepakat bersama rakan saya itu.

"Berkemungkinan besar kalau syarikat kami itu nanti semakin berkembang besar, kami bercadang untuk menerbitkan sebuah filem pula sebagai sebahagian daripada perancangan jangka panjang," ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon tersebut juga memberitahu dia terbabit dengan perniagaan makanan menerusi pelaburannya di Restoran Mezza9 yang terletak di Publika, Dutamas, Kuala Lumpur yang menjual makanan Asia dan Itali.

"Saya seorang yang suka makan dan itu yang menyebabkan saya mahu terbabit dalam bidang perniagaan ini. Ia merupakan satu cabang perniagaan yang agak menguntungkan dan saya bercadang untuk membuka sebuah restoran yg menjual makanan tradisional," ujarnya.

 

0 Komentar untuk "ARTIS Keith Foo Tak Layan Kontroversi"
Back To Top