malaynews1. Powered by Blogger.

ARTIS Cara Nur Fathia Bergurau Dengan Aiman Hakim




Baru-baru ini, aktor tinggi lampai Aiman Hakim Ridza khabarnya telah bertindak menengking kekasihnya, pelakon Nur Fathia di khalayak ramai selepas ada terbaca satu komen peminat di internet tentng mereka berdua.

Nur Fathia yang ditemui media baru baru bagaimanapun menafikan yg komen peminat itu ada menjejaskan hubungan mereka berdua selain turut menafikan yg Aiman ada memarahi beliau di hadapan orang ramai seperti yg didakwa sesetengah pihak.

“Aiman tak pernah menengking saya di hadapan orang ramai dan saya kesal dengan tuduhan itu. Kami selalu bergurau dan adakalanya tampak kasar tapi itulah cara kami. Mungkin ada yg menilai perbuatan itu seperti kami bergaduh besar,” jelasnya.

“Kami masih bersama dan hubungan kami tiada masalah, cuma kalau ada pun ia lumrah dalam bercinta. Mungkin selepas ini, kami akan lebih berdiam diri dan tidak terlalu terbuka berkongsi cerita cinta lagi memandangkan timbul pula kisah kurang enak mengenai kami,” tambah Nur Fathia lagi yg kini bergelar duta baru Pantene. 




 

0 Komentar untuk "ARTIS Cara Nur Fathia Bergurau Dengan Aiman Hakim"
Back To Top