Tak sampai 48 jam selepas kemalangan maut seorang pelumba novis ketika sessi latihan, satu lagi kemalangan maut berlaku pada perlumbaan Super Siri Malaysia (MSS) 2014 yg berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada perlumbaan ke dua sedang bermula Ahad 18 Mei 2015.
Penunggang Superbike bernombor 71, Milton Poh menjadi mangsa keempat yg terbunuh di litar itu selepas jentera yg ditunggangnya bergesel dengan penunggang dari Itali, Leornado Sacchetto ketika sedang keluar dari pit perlumbaan.
Pergeselan tersebut menyebabkan pelumba dari Singapura itu gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke kanan litar dan merempuh tembok.
Milton dikejarkan ke Hospital Putrajaya selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan tidak sedarkan diri manakala Sacchetto bagaimanapun dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan masih menerima rawatan.
Menurut kenyataan yg dikeluarkan oleh SIC, aksi perlumbaan hari kedua terpaksa dipendekkan berikutan kemalangan yang berlaku sekitar pukul 12.30 tengah hari semalam.
“Ia adalah minggu yg cukup malang buat kami (SIC), pelumba dan mangsa. Kami amat bersimpati kepada keluarga dan rakan mangsa dengan apa yg telah berlaku,” ujar kenyataan yg dikeluarkan oleh SIC semalam.
Pada Jumaat lalu, Amaludin Abd. Rahman maut dalam kemalangan semasa sesi latihan pusingan pertama kejuaraan motosikal tersebut.
Pelumba novis berusia 42 tahun itu dipercayai gagal mengawal jenteranya di selekoh 15 litar tersebut sebelum terbabas dan melanggar penghadang tayar pada pukul 4.30 petang.
Mangsa beraksi dalam kategori Super Stock B pada kejuaraan tahunan itu. Amaludin menjadi mangsa kemalangan maut ketiga di litar tersebut yg kali terakhir berlaku pada 2011.
Pada kejuaraan sama tahun lalu, pelumba muda Muhammad Izzat Mohd. Abdul Hakim, 17, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), lima hari selepas jenteranya terbabas dan melanggar marsyal perlumbaan pada sesi latihan.
Manakala Marco Simoncelli, 24, menjadi pelumba pertama di Sepang maut ketika sedang beraksi di MotoGP 23 Oktober 2011 sejak litar Sepang beroperasi pada tahun 1999.
![]() |

0 Komentar untuk "VIDEO: Pelumba Singapura, Milton Poh Maut Ketika MSS Sepang"