malaynews1. Powered by Blogger.

Terkini !!! Punca Sebenar Perceraian Abby Abadi Dan Farhan


Berkenalan selepas berkahwin antara punca keretakan rumah tangga pelakon Abby Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan dengan suami, Muhammad Noor Farhan Che Bakar.

Abby menyifatkan pergolakan rumah tangga mereka kerana masing-masing belum cukup mengenali hati budi masing-masing.




“Saya sangat sayangkan dia. Saya mencuba untuk membetulkan keadaan, tetapi apakan daya jika hanya sebelah pihak sahaja yg berusaha. Mungkin kami belum cukup kenal satu sama lain dan perkara itu menyukarkan kami untuk mendapat persepakatan.


“Usianya yg masih muda dan belum cukup matang juga antara faktor mahligai kami bermasalah. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan dia kerana ketika saya di usianya pun, saya masih mentah.


“Saya pun tidak mahu membebankan hidup dia. Jika sudah tiada persefahaman antara kami, saya reda dengan ketentuan ini,” katanya yg berpakaian serba hitam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada Khamis.


Pelakon yg terkenal dengan watak ‘Inspektor Aleeza’ dalam drama bersiri ‘Gerak Khas’ itu, meminta mana-mana pihak supaya tidak mengeluarkan kata-kata negatif kepadanya, kerana tidak tahu mengenai beban yg ditanggung.


“Apa yg berlaku kepada saya mungkin boleh berlaku kepada orang lain pula. Ambil pengajaran daripada kisah rumah tangga saya,” katanya.


Ketika dalam kamar perbicaraan, Abby memberitahu mahkamah bahawa suaminya sudah melafazkan cerai sebanyak dua kali dalam dua kejadian berasingan, tetapi mereka hanya memfailkan satu pengesahan cerai sahaja.


“Januari tahun ini, defendan, Farhan bercerita kepada kawan-kawannya bahawa dia telah menceraikan saya. Menurut ulama agama, sekiranya suami berkata begitu, sudah jatuh talak satu ke atas saya. Bagaimanapun, kami tidak memfailkan pengesahan cerai itu kerana berbaik selepas itu,” katanya.


Pada 9 Mei lalu, Abby sekali lagi diceraikan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang berbunyi “Aku ceraikan kau” dan “kita sudah tiada apa-apa lagi”.


Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Shaiful Azli Jamaludin menetapkan 11 Jun bagi sebutan semula kes dan meminta pihak plaintif dan defendan membuat pengesahan cerai pertama terlebih dahulu, lapor The Rakyat Post.





0 Komentar untuk "Terkini !!! Punca Sebenar Perceraian Abby Abadi Dan Farhan"
Back To Top