malaynews1. Powered by Blogger.

Tasha Shila Tampil Bantu Kekasih





Sangat beruntung kekasih hati pelakon jelita Tasha Shilla, Han Chen Wong, 24, kerana mendapat sokongan padu daripada buah hatinya itu sewaktu perlawanan Ladder Match Malaysia Mixed Martial Arts (MIMMA 2), semalam.

Kehadiran Tasha yg turut berada di gelanggang sebagai ‘cornerwoman’ itu nyata menaikkan semangat Han hingga dia berjaya memenangi pertandingan itu.

Memetik mStar Online, Han berkata, ini merupakan kali pertama dia menyertai MIMMA dan kehadiran kekasihnya itu membuatkan dia lebih yakin untuk bertarung.

“Dari jauh saya dengar suaranya memberikan kata-kata semangat dan kehadirannya membantu saya untuk memenangi pertandingan itu,” ujarnya.



Tasha yg ditemui pula mengakui gembira kerana dapat memberi sokongan kepada Han kerana sebelum ini kekasihnya itu juga sentiasa menemaninya ke majlis hiburan.

Baguslah jika kedua-duanya sentiasa menyokong karier satu-sama lain.

Sebabnya, ramai selebriti yg memberi alasan tiada persefahaman apabila hubungan cinta terputus di tengah jalan.
Tag : Hiburan
0 Komentar untuk "Tasha Shila Tampil Bantu Kekasih"
Back To Top