malaynews1. Powered by Blogger.

Respon Iqram Dinzly Dituduh Jalin Hubungan Songsang

 Pelakon Iqram Dinzly menganggap ada pihak cuba mensabotaj dirinya apabila dituduh menjalinkan hubungan songsang, selain berfoya-foya di sebuah kelab malam di London, November tahun lalu.

Iqram, 33, yg terkejut apabila isu hubungan songsang membabitkan dirinya sekali lagi menjadi isu, sedangkan dia langsung tidak terlibat dengan perilaku tersebut bagaimanapun mengakui berkunjung ke kelab malam di United Kingdom itu sekadar untuk melihat suasananya.



"Mungkin ada pihak yg mahu sabotaj saya. Kenapa orang nak kaitkan saya dengan hubungan songsang hanya kerana melihat saya bergambar dengan lelaki. Salah ke saya nak bergambar dengan kawan saya sendiri?

"Bagaimanapun saya mengakui ada berkunjung ke sebuah kelab malam di London tetapi bukan berfoya-foya, sebaliknya sekadar mahu melihat suasananya sahaja," katanya yg dihubungi mStar Online pada Isnin.

Sebuah laman blog pada Isnin mendedahkan seorang pelakon lelaki (dituju kepada Iqram) dikatakan mengunjungi beberapa kelab malam di London.

Iqram yg ketika itu ditemani seorang pelajar lelaki rakyat Malaysia didakwa menjalin hubungan songsang.

Malah laman blog itu turut mendedahkan mesej daripada aplikasi Whatsapp berbau lucah kononnya ia adalah mesej perbualan antara Iqram dan pelajar tersebut.

Sementara itu, Iqram menyifatkan ia sebagai satu gosip lucu dan enggan mengambil serius mengenai perkara itu.

"Apa yang saya tak faham, kawan dengan perempuan salah, dengan lelaki salah. Habis saya nak berkawan dengan siapa?

"Berkenaan mesej Whatsapp itu, saya pun tak pasti itu mesej saya atau tidak. Tetapi kalau dengan rakan-rakan lelaki saya memang suka bercakap kasar.

"Rasa lucu pula bila isu ini berbangkit lagi. Sebelum ini bila rapat dengan Soo Wincci, saya dikatakan cuba mengurat dia, sekarang cerita lain pula.

"Apa-apapun, yg penting keluarga faham siapa saya yg sebenar," tegasnya. 




 


 

0 Komentar untuk "Respon Iqram Dinzly Dituduh Jalin Hubungan Songsang"
Back To Top