malaynews1. Powered by Blogger.

Nenek Tidak Bertanggungjawab Ikat Cucu OKU Di Perhentian Bas




Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun memakai baju biru diikat dengan tali di kaki pada tiang sebuah perhentian bas tidak diendahkan orang ramai yg lalu-lalang.

Lakhan Kale dikatakan mengidap penyakit cerebral palsy dan epilepsi, menyebabkan dia tidak mampu mendengar dan bercakap.

Bagi memastikan Lakhan selamat ketika neneknya bekerja, dia diikat sebelum wanita itu pergi menjual alat permainan dan kalungan bunga di tepi jalan di bandar itu.

Sakhubai Kale, 66, yg membesarkan Lakhan di jalan berhampiran perhentian bas tidak mempunyai rumah berkata: “Apa lagi yg mampu dilakukan saya? Dia tidak boleh bercakap, bagaimana dia boleh memberitahu orang lain jika dia tersesat?”.

Sakhubai memberitahu media dia menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa Lakhan setelah budak itu kematian bapanya beberapa tahun lalu dan emaknya lari meninggalkan keluarga.



Gambar Lakhan diikat yg disiarkan dalam akhbar minggu ini mencetuskan kebimbangan antara pertubuhan kebajikan dan polis yg menyelamatkannya dan membawanya ke pusat jagaan kendalian kerajaan.

Namun, kumpulan aktivis berkata nasib Lakhan yang hidup di jalanan tidak mengejutkan kerana negara itu kekurangan kemudahan untuk membantu golongan kurang upaya yg ditindas.

Ketika Sakhubai dan cucu perempuannya Rekha, 12, mencari rezeki, Lakhan sering merayau di jalan raya dan tidak ada siapa yg mempedulikannya.

Pada sebelah malam malam, Sakhubai akan mengikat kaki Lakhan pada kakinya ketika mereka tidur bagi memastikan cucunya itu tidak melarikan diri. 



 

Tag : Nenek, Perhentian
0 Komentar untuk "Nenek Tidak Bertanggungjawab Ikat Cucu OKU Di Perhentian Bas"
Back To Top