malaynews1. Powered by Blogger.

Suami Orang Cungkil Mata Isteri Dengan Tangan

Seorang lelaki di sini mencungkil mata isterinya dgn tangan selepas mendapati wanita itu menjalin hubungan dgn lelaki lain.

Lelaki itu juga bertindak ganas selepas isterinya menuntut cerai.

Menurut akhbar Want China Times, wanita berusia 39 tahun yg hanya dikenali sebagai Li, berkenalan dengan suaminya, Long, menerusi Internet, tahun lalu.


Selepas berpacaran selama tiga bulan, lelaki itu berubah, kata Li dalam laporannya kepada polis.

Apabila dia enggan membantu menjelaskan hutang Long berjumlah 150,000 yuan, lelaki itu memukulnya.

Li cuba meninggalkan Long tetapi lelaki berkenaan menyembunyikan semua dokumen pengenalan dirinya dan mengancam mencederakan keluarganya.

Keadaan itu menyebabkan dia akur dgn kehendak Long dan akhirnya terpaksa berkahwin dengannya.

Beberapa bulan kemudian, Li berkenalan dgn teman lelaki barunya.

Long yg mengetahui mengenainya, menyerang lelaki berkenaan dan ketika Li cuba melindungi kekasihnya itu, suaminya memukulnya sebelum mencungkil matanya dgn tangan.

Long menghantar isterinya ke hospital selepas kejadian tersebut sebelum menyerah diri kepada polis.- Agensi




0 Komentar untuk "Suami Orang Cungkil Mata Isteri Dengan Tangan"
Back To Top