malaynews1. Powered by Blogger.

GEMPAR Mr. Bean Selamatkan Nyawa Ahli Perniagaan Dalam Kemalangan

KETIKA membawa watak sebagai Mr Bean, Rowan Atkinson seorang yg dilihat tidak dapat menguruskan diri manakala gelagatnya sering ditertawakan masyarakat dunia.

Namun, pada Selasa, pelakon itu telah menyelamatkan nyawa seorang ahli perniagaan dari Amerika Syarikat yg terlibat dalam kemalangan di Tuscany, Itali.



Mr. Bean, 59, merupakan individu pertama yg membantu menyelamatkan pemandu kereta jenis McLaren F1 selepas kenderaan itu terbabas dan merempuh pokok.

Pemandu kereta itu hilang kawalan ketika sedang memecut dengan kelajuan 240 batu-sejam sebelum merempuh pokok sehingga meyebabkan kenderaan berkenaan terbalik.

Semasa kemalangan, Atkinson merupakan salah seorang daripada peserta konvoi permotoran yg melalui perkampungan Tuscany.



Dia bukan sahaja menyelamatkan lelaki itu tetapi turut membantu memungut serpihan kereta sukan tersebut dan memberikan keterangan sebagai saksi kepada polis.

Pemandu kereta sukan itu telah diterbangkan ke hospital di Pisa menggunakan helikopter dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pada 2011, Atkinson terselamat daripada maut selepas kereta sukan miliknya juga jenis McLaren F1 terbabas dan merempuh pokok di Northamptonshire.

Kereta kesayangannya mengalami kerosakkan teruk dan memerlukan perbelanjaan sebanyak £910,000 untuk dibaik pulih.

Dengan perbelanjaan itu, kereta sukan Mr Bean telah direkodkan sebagai kereta yg menelan kos tertinggi di Britain untuk diperbaiki selepas terlibat dalam kemalangan.




 

0 Komentar untuk "GEMPAR Mr. Bean Selamatkan Nyawa Ahli Perniagaan Dalam Kemalangan"
Back To Top