malaynews1. Powered by Blogger.

GEMPAR Morgan Freeman Bakal Tinggalkan Dunia Lakonan


Morgan mahu bersara selepas 40 tahun berlakon.

PELAKON terkenal Hollywood Morgan Freeman dilaporkan bakal bersara daripada dunia lakonan selepas hampir 40 tahun mendambakan diri dalam bidang tersebut.

Menurut laporan Showbizspy, Morgan, 76, ingin menghabiskan sisa hidupnya sebagai seorang petani selain tidak mahu lagi menjadi tumpuan paparazi yg sentiasa mengekorinya.

Malah masalah kesihatannya yg terganggu sebelum ini turut menjadi alasan mengapa pelakon filem Now You See Me itu ingin mengundurkan diri daripada dunia lakonan.

"Morgan mengalami masalah kesihatan serius dan dia tidak lagi berupaya untuk berlakon seperti mana pada zaman kegemilangannya dahulu," kata sumber.

Bagaimanapun Morgan masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut.

 

0 Komentar untuk " GEMPAR Morgan Freeman Bakal Tinggalkan Dunia Lakonan"
Back To Top