
Malaysia Airlines mengesahkan pesawat MH192 tlh selamat mendarat di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 1.56 pagi tadi.
Sebelum ini, MAS mengesahkan pesawat yg berlepas dari Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pukul 10.09 malam ke Bangalore itu
terpaksa berpatah balik ke Kuala Lumpur.
Pesawat MH192 mengalami kerosakan gear bahagian kanan slps tayarnya terbakar sewaktu berlepas.
Pusat Operasi Kawalan Malaysia Airlines kemudiannya dihubungi pd jam 10.25 malam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) dikerahkan ke KLIA
sejurus selepas juruterbang diarahkan berpatah balik untk melakukan
pendaratan kecemasan.
Pesawat MH192 Boeing 737-800 dijadualkan tiba di Bangalore pd pukul 11.35 malam.
Pesawat yg membawa 166 orang yg terdiri daripada 159 penumpang dan 7
anak kapal akan bertolak semula ke Bangalore pada pukul 3.30 petang,
Isnin and dijangka sampai pada jam 5.00 petang pada hari yg sama. .
Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat. Penumpang jg ditempatkan di hotel berhampiran.


![]() |
Hishammuddin dengan Kapten Pesawat MH192 |

![]() |
Hishammuddin bertemu dengan penumpang MH192 |


![]() |
Hishammuddin memeluk Kapten Nor Adam Azmi. |


Tag :
Isu Semasa
0 Komentar untuk "Gambar Keadaan Pesawat MH192 Mendarat Di KLIA "