Majlis akad nikah yg berlangsung kira-kira pukul 6 petang disempurnakan oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Pulau Pinang, Ustaz Norazli Mat dengan Almy Nadia berwalikan wali hakim.
Pihak Fizz telah menyerahkan mas kahwin RM1,001 manakala wang hantaran sebanyak RM20,000 kpd pengantin perempuan.
Selain itu mereka turut memberikan 9 dulang hantaran antaranya minyak wangi, beg tangan, sejadah, sirih junjung, kek dan cincin.
Ia dibalas 11 dulang hantaran oleh pengantin perempuan antaranya sirih junjung, buah-buahan, Al-Quran, jam, kasut iPad Mini dan cincin.
Fizz melahirkan rasa syukur dgn pernikahan itu dan berharap rumah tangga mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.
"Alhamdulillah, akhirnya kami disatukan selepas pelbagai rintangan yg dilalui. Saya harap kali ini kami dapat hidup bersama sehingga akhir hayat, InsyaAllah,"
Fizz dan Almy telah menjalinkan hubungan cinta selama lapan tahun, sepanjang tempoh percintaan itu mereka pernah putus dan menjalinkan hubungan semula. Dalam pada itu, Almy turut memiliki seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisya yg berusia lima tahun.

Tag :
Hiburan
0 Komentar untuk "Fizz Fairus Sah Bergelar Suami Kepada Almy Nadia"